29 Mac 2018 Analisis Harian
Dolar AS melonjak berlatarbelakangkan data yang optimistik.
Dolar AS meningkat sebanyak 0.30% ke paras 89.70 berbanding dengan mata wang utama yang lain susulan dengan pembebasan data ekonomi memaparkan pertumbuhan yang lebih pantas daripada jangkaan bagi rantau tersebut. Semalaman, US Commerce Department melaporkan bahawa GDP bagi suku keempat telah bertumbuh dengan lebih pantas sebanyak 2.9% berbanding ramalan hanya 2.5% bagi tahun-ke-tahun. Sementara itu, perbelanjaan pengguna telah menokok pada bulan lalu sebanyak 0.2% ke 4.0%, pertumbuhan yang terbesar di dalam tempoh masa tiga tahun. Data yang positif ini telah meningkatkan sentimen para pelabur terhadap Bank Pusat AS yang berkemungkinan untuk meningkatkan kadar faedah dengan lebih kerap bagi jangka masa hadapan. Namun, momentum bullish pada dolar adalah bersifat sementara waktu selepas Presiden AS Donald Trump telah membincang isu perdagangan China dengan Canselor Jerman Angela Merkel. Kedua-dua buah negara tersebut sedang membuat pertimbangan untuk bekerjasama dalam menentang amalan ekonomi China dan kecurian hak intelektual dari syarikat asing. Sementara itu, pasaran USD/JPY meningkat sebanyak 0.78% ke 106.70 selepas Gabenor Bank Pusat Jepun Haruhiko Kuroda mengatakan bahawa mereka akan mengekalkan garis panduan bagi kelonggaran dasar untuk mencapai sasaran inflasi mereka.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun dari paras rendah sesi sebanyak 0.37% ke $64.40 setong susulan dengan optimisme para pelabur terhadap OPEC dan sekutunya dalam mengurangkan kelebihan stok global. Semalaman, harga komoditi tersebut mengalami tekanan bagi jangka pendek selepas EIA melaporkan bahawa stok minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 1.643 juta tong bagi minggu lalu, jauh lebih tinggi daripada ramalan untuk susut sebanyak 287,000 ribu. Selain itu, harga emas menjunam sebanyak 1.48% ke $1,326.95 se troy auns berlatarbelakangkan kekukuhan dolar yang menekan harga aset komoditi selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Nationwide HPI (MoM) | -0.3% | 0.2% | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Mar) | -22K | -15K | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Rate (Mar) | 5.4% | 5.3% | – |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q4) | 0.4% | 0.4% | – |
| 16:30 | GBP – GDP (YoY) (Q4) | 1.4% | 1.4% | – |
| 20:00 | EUR – German CPI (MoM) (Mar) | 0.5% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Feb) | 0.3% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Core PCE Price Index (YoY) (Feb) | 1.5% | 1.5% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 229K | 231K | – |
| 20:30 | USD – Personal Spending (MoM) (Feb) | 0.2% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Personal Income (MoM) (Feb) | 0.4% | 0.4% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Jan) | 3.3% | 2.9% | – |
| 20:30 | CAD – RMPI (MoM) (Feb) | 3.3% | – | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) | 102.0 | 102.1 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 804 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.4100. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap sokongan yang seterusnya di 1.4060. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya lilin berjaya menutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4100, 1.4130
Tahap sokongan: 1.4060, 1.4020
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.2330. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias bearish semula.
Tahap rintangan: 1.2330, 1.2350
Tahap sokongan: 1.2290, 1.2260
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 107.00. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah paras tertinggi sebelumnya.
Tahap rintangan: 107.00, 107.30
Tahap sokongan: 106.70, 106.40
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia gagal untuk memecah tahap sokongan di 64.10. Harga komoditi tersebut kini sedang menguji tahap rintangan di 64.60. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya lilin berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 64.60, 65.25
Tahap sokongan: 64.10, 63.55
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1326.90. Namun, silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya memecah paras terendah sebelumnya.
Tahap rintangan: 1326.90, 1335.00
Tahap sokongan: 1316.10, 1308.80