83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Julai 2022                       Analisis Sesi Pagi

Dolar AS merosot di tengah-tengah kebimbangan mengenai risiko kemelesetan.

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan kerugiannya pada Jumaat lepas berlatarbelakangkan data ekonomi yang lemah serta kenyataan pesimis daripada Janet Yellen. Dari segi data ekonomi, Services Purchasing Managers Indeks AS (PMI) telah menurun dengan ketara daripada bacaan sebelumnya 52.7 ke bacaan sebanyak 47.0, lebih buruk daripada ramalan pasaran pada 52.6. Bacaan yang negatif tersebut telah menunjukkan bahawa pada masa ini aktiviti perniagaan AS menguncup buat kali pertama dalam hampir dua tahun berikutan risiko inflasi yang tinggi, kenaikan kadar faedah serta keyakinan pengguna yang semakin merosot terus menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat. Selain itu, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi AS semakin perlahan sementara beliau mengakui risiko kemelesetan terus berlarutan dalam pasaran kewangan global. Di samping itu, data minggu lalu mencadangkan pasaran buruh semakin lemah dengan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran mencecah bacaan tertinggi dalam lapan bulan. Selain itu, beliau juga mengulangi bahawa kadar inflasi adalah terlalu tinggi dan beliau berharap Rizab Persekutuan dapat menstabilkan risiko inflasi selanjutnya pada masa hadapan tanpa mencetuskan kemelesetan ekonomi yang meluas. Sehingga berita ini ditulis, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.13% ke 106.60.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.03% ke $95.35 setong sehingga berita ini ditulis di tengah-tengah risiko kemelesetan global terus menjejaskan permintaan pasaran terhadap komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.02% ke $1725.30 setiap troy auns setakat ini semasa penulisan dalam keadaan Dolar AS yang lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:15                     EUR                                        ECB Monetary Policy Statement

20:45                     EUR                                        ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:15 EUR – Deposit Facility Rate (Jul) -0.50% -0.25%
20:15 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25%
20:15 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.25%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 244K 240K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) -3.3 -2.5

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 108.15, 109.10

Tahap sokongan: 106.40, 105.55

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.2035, 1.2155

Tahap sokongan: 1.1920, 1.1830

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.0270, 1.0385

Tahap sokongan: 1.0160, 1.0085

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 140.95, 144.60

Tahap sokongan: 131.85, 126.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 0.6950, 0.7030

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6720

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6235, 0.6365

Tahap sokongan: 0.6070, 0.5935

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 1.2950, 1.3050

Tahap sokongan: 1.2835, 1.2670

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 0.9685, 0.9755

Tahap sokongan: 0.9615, 0.9505

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.60, 100.85

Tahap sokongan: 94.85, 92.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1724.05, 1745.65

Tahap sokongan: 1702.60, 1680.00