3 Julai 2019 Analisis Sesi Pagi
Bank pusat global memberikan pandangan dovish.
Dolar AS telah berundur dari paras tingginya selepas optimisme perdagangan susut sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan Nonfarm Payrolls pada hari Jumaat ini. Indeks dolar susut sebanyak 0.11% ke 96.26 semasa penulisan. Di dalam kalendar ekonomi yang senyap bagi AS, para pelabur telah mengalihkan tumpuan mereka kepada laporan pekerjaan AS yang boleh memberikan isyarat lebih lanjut mengenai pendekatan dasar kewangan dari Bank Pusat AS (Fed). Jika data tersebut kurang memuaskan, maka ia akan mengesahkan sentimen pemotongan kadar faedah dari Fed pada akhir bulan ini. Selain itu, bank pusat di seluruh dunia telah menurunkan jangkaan ekonomi mereka sambil memotong kadar faedah bagi membendung kelembapan pertumbuhan global dan risiko perang perdagangan. Di dalam ucapan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Pusat England Mark Carney, beliau telah menukar sentimen bullish sambil menegaskan bahawa risiko perang perdagangan masih menyelubungi pasaran. Carney juga berpendapat bahawa risiko tersebut yang makin meningkat boleh mendorong kepada penyelarasan dasar kewangan pada jangka masa yang terdekat bagi menyokong pertumbuhan ekonomi UK. Isyarat yang disampaikan oleh beliau telah meningkatkan spekulasi pemotongan kadar faedah di UK. Pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.02% ke 1.2595 semasa sesi Asia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memulih sebanyak 0.53% ke $56.46 setong. Harga minyak menjunam lebih daripada 3% pada semalam susulan dengan kekhuatiran pasaran ke atas kelembapan ekonomi global yang boleh menjejaskan permintaan bagi minyak mentah untuk jangka pendek. Selain itu, para pelabur telah menghargai keputusan OPEC untuk melanjutkan pelan pemotongan pembekalan secara sepenuhnya dan ini telah mengakibatkan pemansuhan pesanan yang menguntungkan dari paras tinggi. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.65% ke $1,427.73 se troy auns berikutan dengan kemungkinan yang lebih tinggi untuk berlakunya pemotongan kadar di AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Ditutup awal – 01:00 USD Independence Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Services PMI (Jun) | 55.6 | 55.6 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Jun) | 51.0 | 51.0 | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jun) | 27K | 140K | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 227K | 220K | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) | 56.9 | 56.1 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Jun) | 58.1 | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -12.788M | -2.964M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 96.35. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.35, 97.05
Tahap sokongan: 95.80, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2575, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1275. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.1345.
Tahap rintangan: 1.1345, 1.1380
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1210

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.70. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 107.70.
Tahap rintangan: 108.30, 108.50
Tahap sokongan: 107.70, 107.30

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6960, 0.6900

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6655. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah 0.6710.
Tahap rintangan: 0.6710, 0.6765
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6590

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3120. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.3050.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2970

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9890. MACD yang mula membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.9835.
Tahap rintangan: 0.9890, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9835, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 55.70.
Tahap rintangan: 57.25, 58.85
Tahap sokongan: 55.70, 53.70

GOLD_, H4: Harga emas telah meningkat selanjutnya selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1448.00.
Tahap rintangan: 1448.00, 1471.70
Tahap sokongan: 1415.00, 1390.00