26 Julai 2022 Analisis Sesi Petang
Euro melonjak kerana kenaikan kadar yang besar dijangka akan diteruskan.
Euro, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur di seluruh dunia, melonjak berikutan peningkatan kebarangkalian kenaikan kadar yang besar. Menurut kepada salah satu ahli ECB, gabenor bank pusat Latvia Martins Kazaks mendedahkan bahawa kenaikan kadar yang besar mungkin belum berakhir, selepas menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas minggu lepas. Bagaimanapun, beliau juga mengulangi bahawa tiada isyarat akan diberikan pada masa ini, tetapi kenaikan kadar pada bulan September haruslah besar juga. Namun begitu, keuntungan mata wang tunggal itu terhad selepas data suram dibebaskan dari zon Euro. Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi ifo, Indeks Iklim Perniagaan ifo Jerman merosot daripada 92.2 kepada 88.6, melebihi ramalan konsensus 90.2. Dengan itu, ia menunjukkan bahawa persekitaran perniagaan Jerman semasa kekal kabur, manakala prospek juga buruk. Semasa penulisan, pasangan mata wang EUR/USD meningkat sebanyak 0.18% ke 1.0238.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.93% ke $97.70 setong di tengah-tengah perang Rusia-Ukraine yang semakin tegang. Semalam, Rusia melancarkan beberapa peluru berpandu ke pelabuhan Odesa Ukraine, sehari selepas perjanjian eksport bijirin dicapai antara kedua-dua negara ini. Selain itu, harga emas naik 0.36% ke $1725.80 satu troy auns di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Jul) | 98.7 | 97.3 | – |
22:00 | USD – New Home Sales (Jun) | 696K | 664K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 106.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.60, 108.50
Tahap sokongan: 106.10, 105.15
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2035. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2175.
Tahap rintangan: 1.2175, 1.2355
Tahap sokongan: 1.2035, 1.1900
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0155. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0265.
Tahap rintangan: 1.0265, 1.0370
Tahap sokongan: 1.0155, 1.0075
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 136.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 136.65, 137.60
Tahap sokongan: 135.25, 133.15
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah garisan aliran tersebut.
Tahap rintangan: 0.6985, 0.7115
Tahap sokongan: 0.6855, 0.6725
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6360.
Tahap rintangan: 0.6360, 0.6430
Tahap sokongan: 0.6245, 0.6140
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2835. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2910, 1.2975
Tahap sokongan: 1.2835, 1.2775
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.9675, 0.9755
Tahap sokongan: 0.9590, 0.9520
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 98.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 98.20, 100.10
Tahap sokongan: 91.80, 89.55
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1729.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1729.25, 1783.20
Tahap sokongan: 1707.90, 1678.80