28 Julai 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menurun selepas Fed mengeluarkan keputusan kenaikan kadarnya.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama merosot pada hari Khamis selepas Rizab Persekutuan mengumumkan keputusan kadar faedahnya. Menurut kepada mesyuarat FOMC pada hari awal, Fed telah menaikkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas ke 2.50%, yang memenuhi ramalan pasaran. Oleh sebab kenaikan kadar 0.75% kedua berturut-turut tidak mengejutkan peserta pasaran serta pasaran telah mencerna maklumat mengenai kenaikan kadar faedah, ini telah mencetuskan peralihan sentimen terhadap aset lain yang mempunyai prospek yang lebih baik. Namun begitu, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mendakwa bahawa bank pusat akan memberi tumpuan yang tinggi kepada data ekonomi untuk menentukan langkah masa depan pada mesyuarat September. Dari segi data ekonomi, Indeks Dolar melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah data ekonomi bearish. Menurut kepada National Association of Realtors, Pending Home Sales MoM AS bagi bulan Jun telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.4% ke -8.6%, melepasi jangkaan pasaran sebanyak -1.5%. Data ekonomi yang lemah telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.66% ke 106.34.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.90% ke $98.15 setong semasa penulisan. Inventori Minyak Mentah AS telah menurun sebanyak 4.523M, yang melebihi ramalan pasaran sebanyak -1.037M. Di samping itu, harga emas melonjak sebanyak 0.98% ke $1736.00 se-troy auns semasa penulisan berikutan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | -1.60% | 0.40% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 251K | 253K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 107.30, 108.55
Tahap sokongan: 106.30, 105.25
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2170, 1.2320
Tahap sokongan: 1.2030, 1.1870
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0230, 1.0315
Tahap sokongan: 1.0160, 1.0075
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 136.65, 137.35
Tahap sokongan: 135.55, 134.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6850
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350
Tahap sokongan: 0.6235, 0.6185
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2875, 1.2940
Tahap sokongan: 1.2800, 1.2730
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675
Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 103.30, 107.60
Tahap sokongan: 97.70, 93.55
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1753.25, 1766.20
Tahap sokongan: 1737.30, 1718.90