1 Ogos 2022 Analisis Sesi Petang
CPI zon Euro meningkat lebih tinggi daripada jangkaan, Euro melonjak.
EUR/USD yang didagang oleh para pelabur meningkat pada hari Jumaat lepas selepas data CPI zon Euro dikeluarkan. Menurut kepada Eurostat, Eurozone Consumer Price Index (CPI) YoY mencatatkan bacaan sebanyak 8.9%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 8.6%. Data CPI yang lebih tinggi daripada jangkaan menunjukkan bahawa risiko inflasi yang melambung tinggi terus berlarutan di Eropah, yang meningkatkan kemungkinan kenaikan kadar faedah daripada Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengurangkan kenaikan harga. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Euro adalah terhad susulan dengan data ekonomi yang bearish. Germany Unemployment Change untuk bulan Julai telah memberikan bacaan sebanyak 48K, lebih tinggi daripada ramalan konsensus sebanyak 15K. Selain itu, Germany Gross Domestic Product (GDP) QoQ pada suku kedua telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.8% ke 0.0%, lebih rendah daripada 0.1% yang dijangkakan secara meluas. Data ekonomi yang lemah telah menimbulkan kebimbangan pasaran mengenai kemelesetan ekonomi di zon Euro, yang mendorong momentum bearish ke atas Euro. Semasa penulisan, EUR/USD meningkat sebanyak 0.11% ke 1.0229.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 1.42% ke $97.27 setong semasa penulisan selepas kejatuhan yang tidak dijangka dalam aktiviti kilang China menimbulkan kebimbangan terhadap permintaan minyak mentah yang perlahan dalam ekonomi kedua terbesar dunia tersebut. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.22% ke $1778.15 se-troy auns semasa penulisan. Namun, aliran keseluruhan emas kekal menaik di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Jul) | 49.2 | 49.2 | – |
16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jul) | 52.2 | 52.2 | – |
22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Jul) | 53.0 | 52.0 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 106.30, 107.30
Tahap sokongan: 105.25, 104.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2320, 1.2485
Tahap sokongan: 1.2170, 1.2030
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0230, 1.0315
Tahap sokongan: 1.0160, 1.0075
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 133.10, 134.25
Tahap sokongan: 131.65, 130.40
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6850
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350
Tahap sokongan: 0.6235, 0.6185
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2875, 1.2940
Tahap sokongan: 1.2800, 1.2730
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9520, 0.9595
Tahap sokongan: 0.9455, 0.9380
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 97.70, 100.45
Tahap sokongan: 93.55, 88.40
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1769.60, 1787.80
Tahap sokongan: 1753.25, 1737.30