83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Mac 2018                        Analisis Harian

 

Pemisahan Brexit yang lancar menekan dolar AS.

Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.38% ke 89.38 semasa penulisan susulan dengan konsensus diantara United Kingdom dan zon Eropah mengenai pelan transisi Brexit. Walaupun para pelabur memberikan prospek yang optimistik terhadap Bank Pusat AS yang bakal meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat FOMC di dalam minggu ini, dolar telah gagal untuk mengukuhkan kedudukannya selepas UK dan EU membebaskan draf bil pemisahan yang telah mencapai kata sepakat bagi aspek kewangan dan juga hak rakyat masing-masing. Berita tersebut telah mencetuskan lonjakan pada pasangan GBP/USD sebanyak 0.65% ke $1.4032 selepas ia meningkatkan optimisme para pelabur ke atas UK untuk mempunyai pemisahan yang lancar dari EU. Selain itu, EUR/USD meningkat sebanyak 0.35% ke $1.2340 selepas beberapa ahli Bank Pusat Eropah yang memberikan isyarat dovish sebelum ini memberikan pandangan yang positif untuk mengetatkan dasar kewangan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah didagang di bawah tahap utama 62.50 dan disebut niaga berdekatan $62.32 setong selepas pembekalan AS yang makin meningkat serta eksport diesel dan gasolin dari Arab Saudi yang tinggi telah mencetuskan kebimbangan ke atas kelebihan stok global yang tidak dapat diselesaikan. Sementara itu, harga emas didagang secara stabil berdekatan $1,316.39 se troy auns sementara para pelabur menunggu keputusan kadar faedah dari Bank Pusat AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

08:30                     AUD                                       RBA Meeting Minutes

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:30 AUD – House Price Index (QoQ) (Q4) -0.2% 0.1% 1.0%
15:00 EUR – German PPI (MoM) (Feb) 0.5% 0.1%
17:30 GBP – CPI (YoY) (Feb) 3.0% 2.8%
18:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Mar) 17.8 13.1
18:00 EUR – ZEW Economic Sentiment 29.3 28.1
20:30 CAD – Wholesale Sales (MoM) (Jan) -0.5% 0.1%
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 1.156M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.4020 dan pasangan tersebut kini sedang menguji bagi mendapat sokongan di atas paras Fibonacci 50.0. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kenaikan sekiranya lilin berjaya menutup di atas paras tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4100, 1.4200

Tahap sokongan: 1.4020, 1.3950

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.2300. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kenaikan sekiranya ia berjaya memecah rintangan pada garisan 200-MA.

 

Tahap rintangan: 1.2350, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2250

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang secara mengayun di antara tahap rintangan di 106.30 dan tahap sokongan di 105.80. Ketiadaan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan histogram MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat indikasi mengenai arah pergerakan pasangan tersebut dalam jangka masa terdekat.

 

Tahap rintangan: 106.30, 107.10

Tahap sokongan: 105.80, 105.40

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga komoditi minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia gagal untuk memecah tahap sokongan di 62.00. Namun, garisan isyarat MACD yang menunjukkan silang kematian memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah sebelum melanjutkan bias bullish semula.

 

Tahap rintangan: 62.50, 62.90

Tahap sokongan: 62.00, 61.40

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1317.15. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk mengalami kerugian secara jangka masa pendek ke tahap sokongan yang seterusnya di 1314.15.

 

Tahap rintangan: 1317.15, 1321.55

Tahap sokongan: 1314.15, 1310.85