5 Ogos 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar AS mengalami tekanan berikutan data pekerjaan yang negatif.
Indeks Dolar yang didagang berbanding sekumpulan enam mata wang utama menurun dengan ketara selepas data ekonomi yang suram telah dikeluarkan. Menurut kepada Department of Labor AS, Initial Jobless Claims AS telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 254K ke 260K, melebihi ramalan konsensus sebanyak 259K. Peningkatan data tuntutan pengangguran menunjukkan kelembapan dalam pasaran buruh, yang membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di AS. Namun, kerugian yang dialami oleh Indeks Dolar adalah terhad berikutan kenyataan hawkish daripada ahli Fed. Presiden Fed Cleveland Loretta Mester menyampaikan ucapannya pada hari Khamis bahawa bank pusat harus menaikkan kadar faedahnya ke 4% atau lebih untuk menangani inflasi, dan dasar tersebut berkemungkinan untuk kekal mengetat sehingga separuh pertama tahun depan. Sementara kini, para pelabur akan memberi tumpuan yang tinggi pada Nonfarm Payrolls dan Kadar Pengangguran daripada AS untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.19% ke 105.77.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.42% ke $88.91 setong semasa penulisan selepas penurunan mendadak sepanjang sesi semalaman susulan dengan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global terus berlegar dalam pasaran. Selain itu, harga emas menyusut sebanyak 0.01% ke $1789.91 se-troy auns semasa penulisan. Namun, harga emas melonjak semalam di tengah-tengah kejatuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jul) | 372K | 250K | – |
20:30 | USD – Unemployment Rate (Jul) | 3.6% | 3.6% | – |
20:30 | CAD – Employment Change (Jul) | -43.2K | 20.0K | – |
22:00 | CAD – Ivey PMI (Jul) | 62.2 | 60.0 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 106.30, 107.30
Tahap sokongan: 105.25, 104.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2170, 1.2270
Tahap sokongan: 1.2070, 1.1995
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut. .
Tahap rintangan: 1.0315, 1.0385
Tahap sokongan: 1.0230, 1.0160
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 133.40, 134.90
Tahap sokongan: 131.65, 129.35
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6850
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350
Tahap sokongan: 0.6235, 0.6185
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2935, 1.3030
Tahap sokongan: 1.2825, 1.2700
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675
Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecha tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 90.05, 93.25
Tahap sokongan: 86.15, 83.00
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1807.65, 1836.10
Tahap sokongan: 1778.80, 1756.95