10 Ogos 2022 Analisis Sesi Petang
Pound menurun susulan dengan potensi penggantungan kuasa.
GBP/USD, yang didagang oleh para pelabur merosot semasa sesi dagangan semalaman di tengah-tengah peningkatan ketidaktentuan krisis tenaga yang dihadapi oleh UK. Menurut kepada Bloomberg, UK telah merangka rancangan tentang pemotongan kuasa ke rumah dan industri pada musim sejuk Januari, yang didorong oleh ribut cuaca sejuk dan kekurangan gas. Selain itu, kerajaan UK telah meminta rancangan kecemasan daripada industri makanan dan minuman untuk mengelakkan rak kosong sekiranya berlaku pemadaman. Langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan UK akan membawa kesan negatif ke atas perniagaan dan rumah di seluruh negara, serta memaksa penutupan kereta api, perpustakaan dan bangunan Kerajaan yang lain. Selain itu, Pound Sterling kekal mengalami tekanan berikutan kelembapan ekonomi yang disebabkan oleh risiko inflasi yang melambung tinggi. Pada minggu lalu, Bank of England telah menekankan bahawa ekonomi UK akan memasuki kemelesetan pada suku keempat. Semasa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.03% ke 1.2084.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.33% ke $90.20 setong semasa penulisan. Namun begitu, harga minyak mentah melonjak semalam kerana Ukraine telah menghentikan saluran paip minyak yang mengalir dari Rusia ke Eropah. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.28% ke $1790.93 se-troy auns semasa penulisan. Namun, arah aliran harga emas kekal menaik susulan dengan peningkatan ketegangan antara AS dan China.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jul) | 0.7% | 0.5% | – |
20:30 | USD – CPI (YoY) (Jul) | 9.1% | 8.7% | – |
22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.467M | 0.073M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 106.30, 107.30
Tahap sokongan: 105.25, 104.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2170, 1.2270
Tahap sokongan: 1.2070, 1.1985
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0235, 1.0315
Tahap sokongan: 1.0160, 1.0075
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 136.65, 138.35
Tahap sokongan: 134.90, 133.65
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6850
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350
Tahap sokongan: 0.6235, 0.6185
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2935, 1.3030
Tahap sokongan: 1.2825, 1.2700
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675
Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 91.50, 93.25
Tahap sokongan: 89.75, 87.85
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1807.65, 1836.10
Tahap sokongan: 1778.80, 1756.95