83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Ogos 2022                      Analisis Sesi Pagi

 

Dolar berayun menjelang data Retail Sales dan Minit Mesyuarat Fed.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang, berlegar di paras yang hampir sama semalam kerana peserta pasaran menunggu data jualan runcit di AS serta minit mesyuarat bank pusat untuk mesyuarat bulan Julai. Sejak awal minggu ini, indeks dolar telah melantun semula daripada paras terendah enam minggu apabila peningkatan risiko kemelesetan global mencetuskan sentimen penolakan risiko pasaran, mendorong permintaan pelabur terhadap mata wang selamat itu. Ia perlu diberi perhatian bahawa lawatan delegasi AS ke Taiwan telah meningkatkan lagi ketidaktentuan prospek global apabila China segera mengumumkan latihan ketenteraan baru berhampiran Taiwan sebagai tindak balas yang tidak memuaskan terhadap isu itu. Selain itu, Presiden Rusia Vladimir Putin juga menuduh bahawa AS sedang berusaha untuk melanjutkan tempoh konflik di Ukraine kerana negara itu jelas cuba menimbulkan konflik di tempat lain di dunia. Selain itu, dolar AS berjaya memulih daripada kerugian sebelumnya apabila pelabur meningkatkan pertaruhan bahawa AS akan terus menaikkan kadar secara agresif apabila pegawai Fed kekal dengan nada hawkish terhadap dasar monetari. Pada ketika ini, pelabur akan memberikan tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Jualan Runcit, serta minit mesyuarat Fed untuk meneliti pelan kenaikan kadar pada masa hadapan. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.06% ke 106.50.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun 0.36% ke $86.50 setong di tengah-tengah ketidaktentuan perjanjian nuklear Iran, di mana pelabur tidak pasti sama ada AS dan Iran akan mencapai kata sepakat untuk memeterai perjanjian. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1775.35 satu troy auns di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

11:00                     NZD                                        RBNZ Press Conference

02:00                     USD                                        FOMC Meeting Minutes

(18hb)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
10:00 NZD -RBNZ Interest Rate Decision 2.50% 3.00%
14:00 GBP – CPI (YoY) (Jul) 9.4% 9.8%
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) 1.0% -0.1%
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Jul) 1.0% 0.1%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 5.458M -0.275M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah garisan aliran menaik sebelumnya. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 107.15.

 

Tahap rintangan: 107.15, 107.60

Tahap sokongan: 106.10, 105.15

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.2175, 1.2355

Tahap sokongan: 1.2035, 1.1900

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0265, 1.0370

Tahap sokongan: 1.0155, 1.0075

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 133.15. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 135.25.

 

 

Tahap rintangan: 135.25, 136.65

Tahap sokongan: 133.15, 131.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7115. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6985.

 

 

Tahap rintangan: 0.7115, 0.7220

Tahap sokongan: 0.6985, 0.6860

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6360. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6245.

 

Tahap rintangan: 0.6430, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6360, 0.6245

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2925. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2985

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2730

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9450. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9520.

 

 

Tahap rintangan: 0.9520, 0.9590

Tahap sokongan: 0.9450, 0.9350

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 87.30. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 84.00.

 

Tahap rintangan: 87.30, 89.70

Tahap sokongan: 84.00, 79.65

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1770.05. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1783.20, 1808.15

Tahap sokongan: 1770.05, 1729.25