8 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Fokus kepada testimoni Powell.
Dolar AS telah berundur dari paras tingginya sementara para pelabur mengalihkan tumpuan kepada testimoni yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell. Powell dijangka untuk mengesahkan pemotongan kadar pada akhir bulan ini atau mengejutkan pasaran sama sekali semasa testimoni di hadapan Kongress AS. Testimoni beliau akan diberikan selepas laporan Nonfarm Payrolls yang kukuh dan ini telah meningkatkan spekulasi sama ada Fed akan meneruskan pemotongan kadar faedah pada akhir bulan ini. Justeru, para pelabur akan melihat kepada isyarat yang disampaikan oleh beliau selepas Fed memberi isyarat untuk melonggarkan dasar kewangan sekiranya perlu bagi menyokong momentum pertumbuhan ekonomi AS. Sementara itu, pound sterling kekal berlegar di paras rendah 6 bulan susulan dengan penjualan yang ketara pada hari Jumaat lepas akibat daripada data Nonfarm Payrolls yang optimis. Selain itu, kelemahan di dalam ekonomi UK baru-baru ini telah meningkatkan spekulasi pemotongan kadar dari Bank Pusat England dan ini telah meletakkan tekanan bearish ke atas pound sterling. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.06% ke 96.76 sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.2525.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.21% ke $57.49 setong. Para pelabur memberi kekhuatiran ke atas usaha pemotongan pembekalan OPEC selepas Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) melaporkan bahawa stok minyak semasa adalah 10 kali ganda paras pada tempoh 2010 – 2014. Selain itu, harga emas didagang tipis berdekatan $1,399.08 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 96.90. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk meneruskan pengundurannya dan menuju ke arah 96.50.
Tahap rintangan: 96.90, 97.35
Tahap sokongan: 96.50, 96.15

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2490, 1.2435

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1170

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan penurunannya dan menuju ke arah 108.20.
Tahap rintangan: 108.70, 109.15
Tahap sokongan: 108.20, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6965. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7025
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6935

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.6635. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6665.
Tahap rintangan: 0.6665, 0.6705
Tahap sokongan: 0.6635, 0.6600

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3095, 1.3135
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2990

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9895. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.9895.
Tahap rintangan: 0.9925, 0.9965
Tahap sokongan: 0.9895, 0.9840

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia menutup di bawah garisan tersebut.
Tahap rintangan: 57.85, 58.60
Tahap sokongan: 56.85, 55.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia menutup di bawah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1401.50, 1436.00
Tahap sokongan: 1383.60, 1354.60