83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Ogos 2022                      Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat berikutan pendirian hawkish daripada pegawai Fed.

Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melonjak apabila ahli Rizab Persekutuan (Fed) bercakap tentang keperluan untuk kenaikan kadar selanjutnya. Awal hari ini, walaupun Presiden Rizab Persekutuan Kansas City Esther George tidak memberikan sebarang pendirian yang jelas sama ada kenaikan kadar 75 asas adalah baik, tetapi beliau mendedahkan bahawa penurunan inflasi yang dicatatkan pada bulan Julai, adalah berita yang menggembirakan. Bagaimanapun, beliau juga menegaskan bahawa ia bukan bukti yang baik bahawa masalah kadar inflasi yang tinggi telah diselesaikan, yang membayangkan bahawa kenaikan kadar agresif tidak akan berhenti pada masa ini. Selain itu, Presiden Fed St. Louis Jim Bullard telah menyatakan bahawa beliau melihat kira-kira proses 18 bulan untuk mengawal semula inflasi kepada sasaran 2% Fed, sambil mengulangi pandangannya bahawa inflasi melonjak masih belum mencapai kemuncaknya. Dengan itu, beliau cenderung ke arah kenaikan kadar 0.75% pada mesyuarat September. Dari segi data, beberapa siri data ekonomi yang positif mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah pasaran dolar. Menurut kepada jabatan buruh, data Tuntutan Pengangguran AS dibebaskan pada 250K, lebih rendah daripada ramalan konsensus pada 265K, menunjukkan bahawa pasaran buruh AS kekal ketat. Akhir sekali, Indeks Pembuatan Fed Philadelphia (Ogos) yang digunakan untuk mengukur aktiviti pembuatan di rantau ini bagi Ogos telah menaik daripada bacaan sebelumnya -12.3 ke 6.2 kerana syarikat tempatan melaporkan bahawa tekanan harga input berkurangan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.86% ke 107.50.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 3.62% ke $91.05 setong kerana data ekonomi AS yang positif dan perjanjian nuklear yang kekal ‘senyap’ mengimbangi kebimbangan pasaran bahawa pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara lain boleh mengurangkan permintaan. Selain itu, harga emas menyusut sebanyak -0.02% ke $1758.00 satu troy auns di tengah-tengah dolar yang lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Retail Sales (MoM)(Jul) -0.1% -0.2%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM)(Jun) 1.9% 0.9%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 107.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya menutup lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.15, 107.60

Tahap sokongan: 106.10, 105.15

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2035. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1900.

 

 

Tahap rintangan: 1.2035, 1.2175

Tahap sokongan: 1.1900, 1.1800

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0075. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0155, 1.0265

Tahap sokongan: 1.0075, 0.9990

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 135.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 135.25, 136.65

Tahap sokongan: 133.15, 131.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6985. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6860.

 

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7115

Tahap sokongan: 0.6860, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6245. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6360, 0.6430

Tahap sokongan: 0.6245, 0.6140

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2925. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2985

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2730

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9520. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.9520, 0.9590

Tahap sokongan: 0.9450, 0.9350

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 89.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 93.15.

 

Tahap rintangan: 93.15, 98.20

Tahap sokongan: 89.70, 87.30

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1770.05. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1729.25.

 

Tahap rintangan: 1770.05, 1783.20

Tahap sokongan: 1729.25, 1707.90