2 September 2022 Analisis Sesi Petang
Aussie merosot susulan dengan data ekonomi yang suram.
AUD/USD, yang terkenal oleh para pelabur, menurun dengan ketara semalam di tengah-tengah data ekonomi bearish, yang mendorong momentum bearish pada Dolar Australia. Menurut kepada Markit, China Caixin Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) bagi bulan Ogos telah menurun daripada bacaan sebelumnya 50.4 ke 49.5, lebih rendah daripada jangkaan konsensus sebanyak 50.2. Angka yang lebih rendah daripada 50 bermakna penguncupan dalam sektor pembuatan China, yang membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di China. Selain itu, ekonomi China mengalami kemelesetan susulan dengan penutupan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Oleh sebab China adalah rakan dagangan bagi Australia, prospek ekonomi yang pesimis telah menindas nilai Aussie. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh Aussie adalah terhad berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah daripada Reserve Bank of Australia (RBA). Menurut kepada Reuters, bank pusat Australia akan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 0.50% pada 6 September untuk menstabilkan tekanan inflasi yang semakin meningkat. Semasa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.09% ke 0.6789.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.71% ke $88.09 setong semasa penulisan berikutan jangkaan pemotongan bekalan minyak daripada OPEC+. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1699.15 se-troy auns semasa penulisan selepas kejatuhan mendadak sepanjang sesi dagangan semalam di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Aug) | 528K | 300K | – |
20:30 | USD – Unemployment Rate (Aug) | 3.5% | 3.5% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 110.35, 111.30
Tahap sokongan: 109.40, 108.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1595, 1.1660
Tahap sokongan: 1.1490, 1.1410
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0005, 1.0075
Tahap sokongan: 0.9935, 0.9860
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 140.70, 142.35
Tahap sokongan: 139.00, 137.55
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6865, 0.6930
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6720
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6085, 0.6170
Tahap sokongan: 0.6005, 0.5925
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3135, 1.3050
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9840, 0.9900
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9680
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 91.50, 94.40
Tahap sokongan: 87.95, 84.40
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1712.80, 1731.55
Tahap sokongan: 1693.65, 1674.85