05 April 2018 Analisis Harian
Dolar didagang secara berayun sambil menunggu NFP dan Powell.
Dolar AS telah didagang secara berayun berbanding dengan mata wang utama yang lain dan disebut harga berdekatan dengan 89.71. Momentum tersebut telah dipacu susulan dengan pembebasan data ekonomi yang bercampuran sementara ketegangan perdagangan diantara Amerika Syarikat dan China masih memberi tekanan ke atas pandangan jangka panjang untuk mata wang dolar. Semalaman, data ADP Nonfarm Employment Change telah melaporkan peningkatan sebanyak 241K, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis sebanyak 208K. Namun, laporan yang optimistik ini telah gagal untuk mendorong kenaikan dolar selepas kedua-dua data PMI sektor perkhidmatan dan PMI sektor bukan pembuatan dari ISM memaparkan bacaan yang lebih rendah daripada ramalan ekonomis. Pada masa yang sama, ketakutan para pelabur terhadap perang perdagangan diantara AS-China yang mungkin tercetus telah mengehadkan sebarang bias bullish bagi dolar. Secara ringkasnya, para pelabur akan menunggu pembebasan laporan NFP dan ucapan dari Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell pada hari Jumaat ini untuk menentukan sentimen dan arah aliran bagi dolar. Sebaliknya, pasangan GBP/USD mencatat keuntungan sebanyak 0.16% ke $1.4087. Semalaman, pasangan ini telah mengalami tekanan selepas PMI bagi sektor pembinaan telah tersasar daripada ramalan dengan bacaan 47.0 berbanding 50.9. Penyusutan pada aktiviti pembinaan di dalam rantau tersebut adalah berikutan dengan cuaca yang lebih sejuk.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.24% ke $63.49 setong selepas Energy Information Administration (EIA) melaporkan penurunan yang mendadak pada stok simpanan minyak sebanyak 4.617 juta tong pada minggu lalu berbanding dengan jangkaan ekonomis untuk meningkat sebanyak 1.4 juta tong. Sementara itu, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.12% ke $1,331.19 se troy auns selepas para pelabur bergiat untuk mengaut keuntungan menjelang pembebasan data NFP dan ucapan dari Jerome Powell.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
01:00 (Fri) USD FOMC Member Bostic Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 08:30 | AUD – Trade Balance | 1.055B | 0.720B | – |
| 15:15 | CHF – CPI (MoM) (Mar) | 0.4% | 0.3% | – |
| 15:55 | EUR – German Services PMI (Mar) | 54.2 | 54.2 | – |
| 16:00 | EUR – Markit Composite PMI (Mar) | 55.3 | 55.3 | – |
| 16:00 | EUR – Services PMI (Mar) | 55.0 | 55.0 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Mar) | 54.5 | 54.2 | – |
| 17:00 | EUR – Retail Sales (MoM) (Feb) | -0.1% | 0.6% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 215K | 223K | – |
| 20:30 | USD – Trade Balance (Feb) | -56.60B | -56.50B | – |
| 20:30 | CAD – Trade Balance (Feb) | -1.91B | -2.10B | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara mengayun di antara tahap rintangan 1.4090 dan tahap sokongan 1.4010. Ketiadaan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat indikasi yang selanjutnya mengenai pergerakan pasangan tersebut dalam jangka masa yang terdekat.
Tahap rintangan: 1.4090, 1.4150
Tahap sokongan: 1.4000, 1.3910
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.2250. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap rintangan di 1.2290. Positive divergence yang dipaparkan oleh histogram MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2290, 1.2310
Tahap sokongan: 1.2250, 1.2220
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 106.65. Pasangan tersebut kini sedang menguji rintangan pada garisan trend menurun. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 107.00, 107.50
Tahap sokongan: 106.65, 106.40
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di 63.10. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah sebelum ia melanjutkan bias bullish semula.
Tahap rintangan: 63.80, 64.20
Tahap sokongan: 63.10, 62.30
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1334.90. Susunan lilin yang bersifat bearish dan silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1327.90.
Tahap rintangan: 1334.90, 1337.70
Tahap sokongan: 1327.90, 1321.10