83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 September 2022                             Analisis Sesi Pagi

 

Greenback melonjak kerana momentum kekal dalam sektor perkhidmatan.

Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya melanjutkan keuntungannya semalam apabila sektor perkhidmatan meningkat secara tidak dijangka pada Ogos. Menurut kepada ISM, PMI Bukan Pembuatan AS meningkat daripada bacaan bulan sebelumnya 56.7 kepada 56.9 untuk bulan Ogos, sementara merekodkan angka yang lebih tinggi berbanding ramalan konsensus pada 55.1. Data yang lebih kukuh daripada jangkaan itu disebabkan terutamanya oleh peningkatan pesanan dan pekerjaan yang lebih kukuh di AS, di mana ia menafikan pandangan pasaran bahawa ekonomi berada dalam kemelesetan. Sebelum ini, majoriti pelabur bimbang bahawa ekonomi telah memasuki fasa kemelesetan apabila keluaran dalam negara kasar menguncup pada separuh pertama tahun ini. Sebaliknya, daya tarikan dolar AS sebagai mata wang tempat selamat bertambah kukuh susulan peningkatan kebarangkalian krisis tenaga di Eropah akan berlaku. Awal minggu ini, Rusia mendedahkan bahawa penutupan Nord Stream 1 akan diteruskan sehingga sekatan barat dibatalkan. Tindakan yang menghentikan aliran gas asli dari Rusia ke Eropah secara tiba-tiba memburukkan lagi ketidakseimbangan tenaga, membangkitkan keraguan pelabur tentang bagaimana Eropah menghadapi musim sejuk dengan stok yang tidak mencukupi. Semasa penulisan, indeks dolar naik 0.39% ke 110.25.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -2.71% ke $86.85 setong kerana kebimbangan permintaan melebihi pelan memotong pengeluaran oleh OPEC+. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.08% ke $1700.65 setiap troy auns apabila indeks dolar mengukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

17:00                     GBP                                        BoE Gov Bailey Speaks

22:15                     GBP                                        BoE MPC Treasury Committee Hearings

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 2.50% 3.25%
22:00 CAD – Ivey PMI (Aug) 49.6 48.3

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 109.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 111.20.

 

Tahap rintangan: 111.20, 112.60

Tahap sokongan: 109.65, 108.50

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1620. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan seterusnya.

 

 

Tahap rintangan: 1.1620, 1.1775

Tahap sokongan: 1.1465, 1.1350

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9910. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0075

Tahap sokongan: 0.9910, 0.9820

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 141.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 144.15.

 

Tahap rintangan: 144.15, 146.50

Tahap sokongan: 141.50, 139.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6050. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6140, 0.6245

Tahap sokongan: 0.6050, 0.5925

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3140. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3140, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3050, 1.2985

 

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9825. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.9825, 0.9875

Tahap sokongan: 0.9750, 0.9675

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 86.30. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 87.85, 88.85

Tahap sokongan: 86.30, 85.30

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1707.90. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1729.25, 1770.05

Tahap sokongan: 1707.90, 1678.80