83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 September 2022                             Analisis Sesi Pagi

Dolar AS berundur selepas 10 tahun YTM berkurangan

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berundur daripada paras yang lebih tinggi berikutan dengan penyusutan ke atas hasil bon AS selepas mencecah paras tertinggi sejak 2011. Aset yang lebih berisiko seperti indeks saham AS meningkat paling banyak dalam kira-kira sebulan, dengan para pelabur mengetepikan nada hawkish dari Rizab Persekutuan pada hari Rabu. Syarikat pertumbuhan tinggi dalam sektor teknologi tersebut cenderung menerima manfaat yang lebih banyak dengan kekurangan hasil bon berikutan ia bermakna kadar diskaun yang lebih rendah untuk penganalisis apabila mereka mengira nilai intrinsik untuk syarikat. Di samping itu, Dolar AS melanjutkan kerugiannya berikutan Rizab Persekutuan menyatakan beberapa kebimbangan mereka terhadap pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat pada masa hadapan. Menurut Buku Beige Federal Reserve yang dikeluarkan pada hari Rabu, Fed mendakwa bahawa prospek pertumbuhan ekonomi masa depan kekal pesimis berikutan dengan kenaikan harga makanan dan sewa telah memaksa pengguna menukar perbelanjaan kepada produk keperluan dan bukannya barangan mewah. Namun begitu, para pelabur pada masa ini akan terus meneliti ucapan Presiden Rizab Persekutuan AS Jerome Powell pada Khamis serta data Consumer Price Indeks (CPI) AS pada minggu depan untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.62% ke 109.50.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.03% ke $81.90 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas data inventori minyak telah dibebaskan. Menurut kepada Amerikan Petroleum Institusi (API), Stok Minyak Mentah Mingguan API AS telah memberi bacaan sebanyak 3.645M, melebihi ramalan pasaran sebanyak -0.733M. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.03% ke $1716.85 per troy auns setakat ini semasa penulisan dalam keadaan Dolar AS yang lemah.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:15                     EUR                                        ECB Monetary Policy Statement

20:15                     EUR                                        ECB Interest Rate Decision (Sep)

20:45                     EUR                                        ECB Press Conference

21:10                     USD                                        Fed Chair Powell Speaks

22:15                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:15 Deposit Facility Rate (Sep) 0.00% 0.50%
20:15 ECB Marginal Lending Facility 0.75%
20:30 Initial Jobless Claims 232K 240K
23:00 Crude Oil Inventories 3.326M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.70, 112.65

Tahap sokongan : 104.85, 101.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1585, 1.1730

Tahap sokongan : 1.1415, 1.1310

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.0320, 1.0745

Tahap sokongan : 0.9880, 0.9400

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 150.75.

 

Tahap rintangan: 150.75, 160.00

Tahap sokongan : 142.95, 138.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.7020

Tahap sokongan : 0.6725, 0.6595

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6190, 0.6330

Tahap sokongan : 0.6050, 0.5920

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3130, 1.3320

Tahap sokongan : 1.2955, 1.2755

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut .

 

Tahap rintangan: 0.9855, 0.9980

Tahap sokongan : 0.9740, 0.9635

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 75.25.

 

Tahap rintangan: 84.70, 93.15

Tahap sokongan : 75.25, 66.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1716.00, 1737.35

Tahap sokongan : 1693.65, 1680.00