83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 September 2022                           Analisis Sesi Pagi

 

Kenaikan Dolar AS berterusan.

Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, memulih daripada kerugian sebelum ini sambil melanjutkan keuntungan ke arah tahap yang lebih tinggi sepanjang sesi dagangan kerana kenaikan kadar yang tinggi dijangka tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Menurut kepada perkembangan baru-baru ini, pelabur menganggap bahawa bank pusat AS akan menaikkan kadar tunai mereka sebanyak tiga perempat daripada satu mata peratusan asas pada akhir mesyuarat dasar dua hari. Sebelum ini, Rizab Persekutuan telah meningkatkan kadar faedah daripada 0.25% pada Januari kepada 2.50% untuk menghadapi inflasi yang terlalu tinggi. Kadar inflasi, yang diukurkan melalui data CPI telah mula menurun sejak dua bulan lepas di AS. Bagaimanapun, angka inflasi semasa masih jauh melebihi sasaran jangka panjang 2% Fed, yang merupakan faktor utama menggesa bank pusat untuk meneruskan laluan pengetatan yang agresif. Menurut kepada Alat FedWatch, kebarangkalian kadar sasaran untuk kenaikan kadar 75 mata asas dalam mesyuarat Fed 22 Sep 2022 ialah 83.0%, manakala kebarangkalian kenaikan kadar faedah sebanyak 1 peratus ialah 17%. Semasa penulisan, indeks dolar melonjak 0.42% ke 110.20.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun 0.92% ke $83.93 setong apabila Indeks Dolar melonjak di tengah-tengah kenaikan kadar faedah yang tinggi dalam mesyuarat Fed yang akan datang. Selain itu, harga emas menyusut sebanyak 0.04% ke $1665.50 setiap troy auns berikutan dolar semakin meningkat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                     USD                                        FOMC Economic Projections

(22hb Sep)

02:00                     USD                                        FOMC Statement

(22hb Sep)

02:00                     USD                                        FOMC Press Conference

(22hb Sep)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Existing Home Sales (Aug) 4.81M 4.70M
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 2.442M 2.161M
02:00

(22hb Sep)

USD -Fed Interest Rate Decision 2.50% 3.25%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 109.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.65, 111.20

Tahap sokongan: 108.50, 107.85

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1455. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1350.

 

 

Tahap rintangan: 1.1455, 1.1620

Tahap sokongan: 1.1350, 1.1200

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji  tahap sokongan di 1.0000. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya menutup di bawah tahap sokongan di 1.0000.

 

Tahap rintangan: 1.0075, 1.0155

Tahap sokongan: 1.0000, 0.9910

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 146.50, 149.90

Tahap sokongan: 141.50, 136.65

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6640.

 

 

Tahap rintangan: 0.6725, 0.6860

Tahap sokongan: 0.6640, 0.6530

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.5925. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 0.6030, 0.6140

Tahap sokongan: 0.5925, 0.5845

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3320. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya menutup di atas tahap rintangan di 1.3320.

 

Tahap rintangan: 1.3320, 1.3385

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3140

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9590. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9675.

 

 

Tahap rintangan: 0.9675, 0.9750

Tahap sokongan: 0.9590, 0.9520

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan sebelumnya di 86.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 80.60.

 

Tahap rintangan: 86.15, 89.45

Tahap sokongan: 80.60, 78.20

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan sebelumnya di 1678.80. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1637.45.

 

Tahap rintangan: 1678.80, 1707.90

Tahap sokongan: 1637.45, 1595.60