83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 April 2018                       Analisis Harian

 

Mampukah dolar meningkat selepas minit FOMC?

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia meningkat sebanyak 0.32% ke 89.15 selepas pembebasan minit mesyuarat FOMC. Walaupun data inflasi mencadangkan pertumbuhan yang lebih pesat dan pantas, kenaikan pada dolar adalah masih terhad susulan dengan ketegangan geopolitik diantara Amerika Syarikat dan Syria yang makin meningkat. Semalaman, kesemua ahli FOMC telah menyatakan kesudian mereka untuk menyokong kenaikan kadar faedah sebanyak 3 kali secara beransur-ansuran selepas data inflasi teras bagi perbandingan tahun-ke-tahun meningkat di dalam jangkaan sebanyak 0.3% ke 2.1% bagi bulan Mac. Data tersebut telah mencecah lebih daripada sasaran yang telah ditetapkan oleh bank pusat iaitu 2%. Namun, momentum bullish pada dolar telah dihadkan dengan ketegangan geopolitik selepas Presiden AS Donald Trump mengancam Moscow untuk “bersiap sedia” ke atas serangan udara oleh AS yang bakal dilancarkan ke atas Syria. Sebaliknya, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.22% ke $1.2370 susulan dengan kenyataan optimistik dari Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi yang berpendapat bahawa kadar inflasi di zon Eropah mampu mencapai sasaran 2% di dalam tahun ini.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 2% ke $66.78 setong selepas campur tangan tentera AS di Syria boleh mendorong kepada gangguan pembekalan minyak mentah di Timur Tengah. Selain itu, harga emas mengalami penyusutan sebanyak 0.33% ke $1,351.21 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar selepas pembebasan minit mesyuarat FOMC.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

19:20                     CrudeOIL                              OPEC Monthly Report

19:30                     EUR                                       ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

03:00 (Fri)             GBP                                       BoE Gov Carney Speaks

05:00 (Fri)             USD                                       FOMC Member Kashkari Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:45 EUR – French CPI (MoM) (Mar) 1.0% 1.0%
17:00 EUR – Industrial Production (MoM) (Mar) -1.0% 0.1%
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (Mar) 0.4% 0.1%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 242K 231K
20:30 CAD – New Housing Price Index (MoM) (Feb) 0.0% 0.1%

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah tahap rintangan di 1.4190. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah ke tahap sokongan di 1.4160.

 

Tahap rintangan: 1.4190, 1.4240

Tahap sokongan: 1.4160, 1.4120

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1.2380. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek sebelum melanjutkan bias bullish semula.

 

Tahap rintangan: 1.2380, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2350, 1.2330

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 106.70. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap rintangan yang seterusnya di 106.80. Garisan isyarat MACD yang menunjukkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan momentum bullish sekiranya lilin berjaya untuk memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.80, 107.00

Tahap sokongan: 106.70, 106.40

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 66.60. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami kerugian secara jangka masa pendek bagi menguji paras tertinggi sebelum tersebut.

 

Tahap rintangan: 67.40, 69.50

Tahap sokongan: 66.60, 65.30

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1354.90. Pembentukan corak lilin dark cloud cover dan MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah tahap sokongan yang seterusnya di 1350.20.

 

Tahap rintangan: 1354.90, 1360.20

Tahap sokongan: 1350.20, 1347.30