26 September 2022 Analisis Sesi Pagi
Jangkaan hawkish dari Fed masih berlegar dalam pasaran, Dolar AS melonjak.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melonjak dengan ketara ke paras tertinggi baru dalam dua dekad berikutan dengan peserta pasaran terus mencerna keputusan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan. Pada minggu lalu, Rizab Persekutuan meningkatkan kadar faedah mereka sebanyak 75 mata asas lagi sambil menandakan keputusan kenaikan kadar yang lebih agresif pada mesyuaratnya yang akan datang. Menurut kepada Reuters, Pengerusi Fed Jerome Powell mendakwa bahawa Fed akan bertindak agresif sekarang untuk menstabilkan kadar inflasi kepada 2%. Pada masa ini, unjuran baharu Fed menunjukkan kadar dasar AS meningkat sebanyak 4.4% menjelang akhir 2022 manakala pemotongan kadar tidak dijangka sehingga tahun 2024. Berikutan pelaksanaan pengetatan dasar monetari yang agresif daripada bank pusat utama minggu lepas, para pelabur akan bersiap sedia untuk menghadapi turun naik baharu pada minggu hadapan. Beberapa ahli Rizab Persekutuan dijangkakan akan memberi ucapan pada minggu ini, manakala data ekonomi penting lain dari rantau AS juga akan menjadi tumpuan utama para pelabur untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.16% ke 113.00.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah merosot sebanyak 0.03% ke $79.45 setong semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan mengenai risiko kemelesetan global terus menjejaskan daya tarikan untuk komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, pasaran emas telah menurun sebanyak 0.01% ke $1642.15 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
14:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
14:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | -0.25% | 0.50% | – |
16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Sep) | 1.75% | 2.25% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 113.20, 116.40
Tahap sokongan : 111.20, 107.95
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut. kini menguji di tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1.1415, 1.1855
Tahap sokongan : 1.0785, 1.0405
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9855, 1.0175
Tahap sokongan : 0.9685, 0.9405
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 145.35, 152.80
Tahap sokongan : 140.75, 136.55
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6585, 0.6670
Tahap sokongan : 0.6505, 0.6390
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.5850, 0.6030
Tahap sokongan : 0.5630, 0.5480
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.3680, 1.3930
Tahap sokongan : 1.3365, 1.3100
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9855, 0.9980
Tahap sokongan : 0.9740, 0.9635
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 81.40, 85.30
Tahap sokongan : 77.05, 72.35
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1656.10, 1680.00
Tahap sokongan : 1640.20, 1617.75