28 September 2022 Analisis Sesi Pagi
Data ekonomi optimis menyokong Dolar AS meningkat.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama meningkat dengan ketara di tengah-tengah latar belakang data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Conference Board, CB Consumer Confidence AS pada September telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 103.6 ke 108.0, melebihi ramalan pasaran sebanyak 104.5. Selain itu, New Home Sales AS juga telah meningkat daripada angka sebelumnya sebanyak 532K ke 685K, lebih tinggi daripada jangkaan konsensus sebanyak 500K. Satu siri data yang bullish telah menunjukkan bahawa ekonomi AS mula menunjukkan tanda-tanda peningkatan, yang menaikkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di AS. Di samping itu, Dolar AS menerima momentum bullish lebih lanjut susulan dengan kenyataan hawkish ahli Fed. Presiden Fed Chicago Charles Evans mendakwa pada hari Selasa bahawa bank pusat AS perlu menaikkan kadar faedahnya ke julat antara 4.50% dan 4.75%. Beliau juga mengulangi kepentingan laluan kenaikan kadar yang berterusan, malah kenaikan kadar akan membawa kepada kemelesetan ekonomi. Ucapan hawkish sedemikian telah mencetuskan daya tarikan Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.07% ke 114.10.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.13% ke $78.41 setong semasa penulisan. Namun, harga minyak melonjak sepanjang sesi dagangan semalam berikutan kemungkinan pengurangan bekalan daripada Taufan Ian. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.02% ke $1628.58 se-troy auns setakat penulisan berikutan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:15 EUR ECB President Lagarde Speaks
22:15 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Aug) | -1.0% | -1.0% | – |
22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.142M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 114.10, 115.65
Tahap sokongan: 113.00, 111.50
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0895, 1.1085
Tahap sokongan: 1.0655, 1.0400
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9650, 0.9730
Tahap sokongan: 0.9565, 0.9445
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 145.60, 147.10
Tahap sokongan: 144.05, 142.35
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6470, 0.6555
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6265
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.5680, 0.5770
Tahap sokongan: 0.5615, 0.5530
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3820, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3635, 1.3455
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0020, 1.0100
Tahap sokongan: 0.9900, 0.9785
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 79.50, 81.20
Tahap sokongan: 78.20, 76.30
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1641.55, 1661.60
Tahap sokongan: 1621.85, 1600.30