17 April 2018 Analisis Harian
Trump kembali dengan tweet agresif, dolar bakal menurun selanjutnya?
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia mencatat kerugian sebanyak 0.39% ke 89.04 semasa penulisan. Momentum tersebut telah tercetus selepas Presiden AS Donald Trump menuduh China dan Rusia dalam memanipulasikan mata wang mereka kepada kadar yang lebih rendah. Semalaman, dolar AS telah gagal untuk memulih dari kerugiannya walaupun data jualan runcit memberikan data yang lebih optimistik dengan 0.6% berbanding ramalan iaitu 0.4%. Unsur bearish tersebut telah tercetus ke atas dolar selepas data Empire State Manufacturing Index tersasar daripada jangkaan dengan 15.80 berbanding 18.80. Secara keseluruhannya, dolar masih menerima tekanan menurun yang ketara sementara para pelabur memantau perkembangan terkini dari AS selepas mereka mengumumkan untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia selepas dituduh untuk bekerjasama dengan Syria di dalam penggunaan senjata kimia. Sebaliknya, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.58% ke paras tinggi sepuluh bulan di $1.4343 berlatarbelakangkan sentimen optimistik dari pasaran terhadap Bank Pusat England yang berkemungkinan meningkatkan kadar faedah seawal-awalnya bulan depan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah mengukuhkan kedudukannya di paras $66.50 setong selepas para pelabur mengetepikan berita mengenai Syria dan mengalihkan fokus kepada sekatan ekonomi AS ke atas Rusia dan Iran. Sementara itu, harga emas telah meneruskan keuntungannya sebanyak 0.07% ke paras $1348.42 se troy auns berlatarbelakangkan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
21:15 USD FOMC Member Williams Speaks
22:00 USD FOMC Member Quarles Speaks
23:00 USD FOMC Member Harker Speaks
05:40 USD FOMC Member Bostic Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 10:00 | CNY – GDP (YoY) (Q1) | 6.8% | 6.8% | 6.8% |
| 10:00 | CNY – Industrial Production (YoY) (Mar) | 7.2% | 6.4% | 6.0% |
| 12:30 | JPY – Industrial Production (MoM) (Feb) | 4.1% | 4.0% | – |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index + Bonus (Feb) | 2.8% | 3.0% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Mar) | 9.2K | 13.3K | – |
| 16:30 | GBP – Employment Change 3M/3M (MoM) | 168.0K | 55.0K | – |
| 16:30 | GBP- Unemployment Rate (Feb) | 4.3% | 4.3% | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) | 5.1 | -0.8 | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Mar) | 1.321M | 1.330M | – |
| 20:30 | USD – Housing Starts (Mar) | 1.236M | 1.269M | – |
| 20:30 | CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Feb) | -1.0% | 1.1% | – |
| 21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Mar) | 0.9% | 0.3% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 1.758M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.4290. Namun, silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah sebelum meneruskan bias bullish semula.
Tahap rintangan: 1.4370, 1.4560
Tahap sokongan: 1.4290, 1.4230
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di 1.2350. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berlanjutan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya lilin berjaya menutup di atas tahap rintangan di 1.2380.
Tahap rintangan: 1.2380, 1.2400
Tahap sokongan: 1.2350, 1.2330
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 107.50 dan pasangan tersebut kini sedang menguji tahap sokongan di 107.00. MACD yang menunjukkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.50, 107.90
Tahap sokongan: 107.00, 106.70
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 66.10. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah paras Fibonacci 50.0 tersebut.
Tahap rintangan: 66.60, 67.40
Tahap sokongan: 66.10, 65.80
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1346.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1354.75.
Tahap rintangan: 1354.75, 1361.15
Tahap sokongan: 1346.40, 1340.90