18 April 2018 Analisis Harian
Sejauh manakah dolar mampu memulih?
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menokok sebanyak 0.20% ke paras 89.21 berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas data pembinaan dan isyarat hawkish oleh Pengerusi Fed San Francisco membekalkan sentimen optimistik kepada para pelabur. Semalaman, dolar telah memangkas kerugian seawalnya selepas Commerce Department melaporkan bahawa aktiviti pembinaan di AS bagi bulan Mac telah meningkat sebanyak 1.9% ke 1.319 juta unit, lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat ke hanya 1.270 juta unit. Selain itu, Presiden Fed San Francisco John Williams telah memberikan kenyataan yang hawkish selepas beliau menyeru Bank Pusat AS untuk meningkatkan kadar secara beransur-ansuran oleh kerana kadar inflasi bakal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 2%. Sebaliknya, pasangan EUR/USD telah memangkas keuntungan semalaman sebanyak 0.26% ke $1.2368 berlatarbelakangkan data ZEW Economic Sentiment yang telah tersasar daripada jangkaan dengan 1.9 berbanding 7.3. Data tersebut mencadangkan bahawa optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi zon Eropah makin berkurangan untuk setakat ini.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungan sebanyak 0.50% ke $66.78 setong selepas American Petroleum Institute (API) melaporkan penyusutan pada stok minyak AS bagi minggu lalu sebanyak 1 juta tong ke paras 428 juta tong. Selain itu, risiko gangguan pembekalan yang berpunca dari konflik di Syria, sekatan AS yang baru ke atas Iran dan penyusutan pengeluaran akibat daripada krisis politik dan ekonomi di Venezuela juga telah mendorong kepada kenaikan harga komoditi tersebut. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.21% ke $1,344.43 se troy auns susulan dengan kekukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 CAD BoC Rate Statement
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
03:15 (Thu) USD FOMC Member Dudley Speaks
04:15 (Thu) USD FOMC Member Quarles Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:50 | JPY – Trade Balance (Mar) | 3B | 498B | 797B |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (Mar) | 2.7% | 2.7% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Mar) | 1.4% | 1.4% | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.25% | 1.25% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 3.306M | -0.189M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | 0.458M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1.4370 dan pasangan tersebut kini sedang menguji tahap sokongan di 1.4290. MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya lilin berjaya untuk menutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4370, 1.4560
Tahap sokongan: 1.4290, 1.4230
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.2350. Namun, MACD yang memaparkan penurunan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi didagang dengan lebih rendah ke arah paras tertinggi sebelum tersebut.
Tahap rintangan: 1.2380, 1.2400
Tahap sokongan: 1.2350, 1.2330
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah rintangan pada garisan 200-MA. MACD yang memaparkan positive divergence memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 107.50.
Tahap rintangan: 107.50, 107.90
Tahap sokongan: 107.00, 106.70
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 66.60. MACD yang memaparkan penurunan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya lilin berjaya menutup di atas sokongan pada paras Fibonacci 50.0.
Tahap rintangan: 67.40, 69.50
Tahap sokongan: 66.60, 66.10
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1348.35. Ketiadaan isyarat yang lebih jelas dari segi pembentukan corak lilin dan MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat indikasi yang selanjutnya mengenai pergerakan harga aset selamat tersebut dalam jangka masa yang terdekat.
Tahap rintangan: 1348.35, 1354.75
Tahap sokongan: 1340.85, 1333.15