30 April 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: April 30 – Mei 4
Kajian Pasaran (Forex): April 23 – 27
Dolar A.S.
Dolar AS telah berundur dari paras tingginya pada hari Jumaat yang lalu namun masih kekal disokong secara menyeluruh susulan dengan data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan bagi rantau tersebut. Indeks dolar telah mencatat kerugian sebanyak 0.03% dan menutup minggu lalu di paras 91.53 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain.
Walaupun sesetengah para pelabur telah mula untuk mengaut keuntungan dari kenaikan dolar, kerugian yang dialaminya adalah terhad berikutan dengan sokongan bullish dari pasaran kewangan ke atas mata wang ini. Kadar hasil bon persekutuan AS 10 tahun yang telah meningkat melebihi paras 3% pada minggu lalu memberi isyarat kepada keyakinan yang lebih tinggi terhadap perkembangan ekonomi AS bagi jangka masa yang akan datang.
Dari segi ekonomi, kadar Gross Domestic Product bagi AS telah memberikan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan dengan 2.3% bagi suku pertama tahun 2018. Walaupun bacaan tersebut memaparkan penyusutan apabila dibandingkan dengan suku sebelumnya dengan bacaan 2.9%, ia masih menjangkaui ramalan para ekonomis untuk bertumbuh dengan lebih lambat dengan hanya 2.0%.
Untuk setakat ini, para pelabur akan memberikan tumpuan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat AS pada minggu depan walaupun bank tersebut di dalam jangkaan untuk tidak melaksanakan kenaikan kadar bagi kali ini. Justeru, kenyataan yang dilepaskan akan dipantau dengan rapi oleh kerana kebanyakan para pedagang membuat spekulasi bahawa bank tersebut akan meningkatkan kadar dengan lebih kerap memandangkan prestasi ekonomi yang lebih optimistik untuk tempoh kebelakangkan ini.
US GDP Growth Rate

—– Ramalan
Kadar pertumbuhan GDP AS telah memberi bacaan sebanyak 2.3% untuk suku pertama tahun 2018.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.23% ke 109.04 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat selepas ia mencapai paras tertinggi sejak 8hb Februari di 109.54 seawalnya.
EUR/USD
Euro melanjutkan kenaikannya berbanding dengan dolar AS selepas ia mencatat keuntungan sebanyak 0.22% ke paras $1.2131. Namun, pasangan tersebut masih mencatat kerugian mingguan sebanyak 1.28%.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah menutup minggu lalu di paras rendah dua bulan selepas ia menjunam sebanyak 0.98% ke paras $1.3779.
Kajian Pasaran (Komoditi): April 23 – 27
GOLD
Harga emas telah meneruskan kenaikannya pada sesi hari Jumaat namun keuntungan yang dicapai adalah masih terhad berikutan dengan prospek yang lebih tinggi terhadap Bank Pusat AS untuk meningkatkan kadar faedah dengan lebih kerap bagi tahun ini. Harga komoditi tersebut meningkat sebanyak $6.50 atau 0.49% ke paras $1,324.40 se troy auns. Walaubagaimanapun, komoditi ini telah mencatat kerugian bagi minggu kedua berturut-turut sebanyak 0.92% bagi minggu lalu.
Secara lazimnya, prospek yang lebih tinggi terhadap kenaikan kadar boleh mencetuskan sokongan bullish ke atas dolar dan ia boleh menurunkan penampilan aset ini kepada para pelabur yang menggunakan mata wang selain daripada dolar. Tambahan pula, kadar hasil bon AS yang makin meningkat boleh mengurangkan permintaannya dari para pelabur yang menginginkan pelaburan berhasil tinggi.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah pada hari Jumaat yang lalu selepas bilangan pelantar minyak di AS meningkat bagi minggu ketiga berturut-turut sambil meningkatkan kebimbangan para pelabur terhadap kelebihan stok global yang masih belum diselesaikan lagi. Harga komoditi tersebut menurun sebanyak 0.29% atau $0.19 ke paras $67.98 setong.
Menurut kepada pembekal servis, Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif di AS telah meningkat sebanyak 5 ke paras 825. Selain itu, EIA juga melaporkan pada hari Rabu yang lalu bahawa pembekalan minyak dari AS telah mencecah paras rekod tinggi yang baru dengan 10.59 juta tong sehari. Kedua-dua laporan ini yang mencadangkan pembekalan AS yang makin meningkat boleh menjejaskan lagi kelebihan stok global yang telah berlegar lebih daripada 3 tahun.
Namun, kerugian yang dialami oleh komoditi ini adalah terhad selepas para pelabur memberikan optimisme mereka terhadap pembatalan perjanjian nuklear dengan Iran. Pembatalan tersebut boleh mencetuskan sekatan baru ke atas yang secara langsungnya mengehadkan pembekalan minyak dari negara tersebut sambil mengurangkan tekanan ke atas bekalan minyak dunia.
Pandangan Mingguan: April 30 – Mei 4
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat dua hari Bank Pusat AS dan pembebasan laporan pekerjaan bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai pandangan ekonomi AS serta prospek kenaikan kadar faedah yang seterusnya.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: April 30 – Mei 4
| Isnin, April 30 |
Data CNY – Manufacturing PMI (Apr) CNY – Non-Manufacturing PMI (Apr) EUR – German Retail Sales (MoM) (Mar) EUR – German CPI (MoM) (Apr) USD – Core PCE Price Index (YoY) (Mar) USD – Core PCE Price Index (MoM) (Mar) USD – Personal Income (MoM) (Mar) USD – Personal Spending (MoM) (Mar) CAD – RMPI (MoM) (Mar) USD – Pending Home Sales (MoM) (Mar)
Acara N/A
|
| Selasa, Mei 1 |
Data AUD – RBA Interest Rate Decision (May) GBP – Manufacturing PMI (Apr) CAD – GDP (MoM) (Feb) USD – Manufacturing PMI (Apr_ USD – ISM Manufacturing Employment (Apr) USD – ISM Manufacturing PMI (Apr)
Acara AUD – RBA Rate Statement
|
| Rabu, Mei 2 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock NZD – Employment Change (QoQ) (Q1) NZD – Unemployment Rate (Q1) CNY – Caixin Manufacturing PMI (Apr) EUR – German Manufacturing PMI (Apr) GBP – Construction PMI (Apr) EUR – GDP (QoQ) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Apr) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
| Khamis, Mei 3 |
Data USD – FOMC Interest Rate Decision AUD – Building Approvals (MoM) (Mar) AUD – Trade Balance (Mar) GBP – Services PMI (Apr) EUR – CPI (YoY) (Apr) USD – Initial Jobless Claims USD – Trade Balance (Mar) USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q1) USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Apr) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr)
Acara USD – FOMC Statement
|
|
Jumaat, Mei 4
|
Data CNY – Caixin Services PMI (Apr) EUR – German Services PMI (Apr) EUR – Markit Composite PMI (Apr) EUR – Services PMI (Apr) EUR – Retail Sales (MoM) (Mar) USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Apr) USD – Nonfarm Payrolls (Apr) USD – Unemployment Rate (Apr) CAD – Ivey PMI (Apr) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara USD – FOMC Member Dudley Speaks USD – FOMC Member Williams Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: April 30 – Mei 4
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 91.70. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan aliran bullish.
Tahap rintangan: 91.70, 92.50
Tahap sokongan: 90.90, 90.65
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3785. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran menurunnya ke arah tahap sokongan di 1.3600.
Tahap rintangan: 1.3785, 1.4000
Tahap sokongan: 1.3600, 1.3445
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan berhampiran 109.70. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 109.70, 111.65
Tahap sokongan: 108.40, 106.90
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2055. Pembentukan pin bar serta penyusutan pada momentum menurun dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek ke arah sasaran di 1.2170.
Tahap rintangan: 1.2170, 1.2320
Tahap sokongan: 1.2055, 1.1935
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1325.00.
Tahap rintangan: 1325.00, 1340.00
Tahap sokongan: 1310.00, 1295.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah masih menerima tekanan selepas ia gagal untuk memecahkan sasaran di 69.10. MACD histogram yang telah membentuk isyarat silang kematian mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 69.10, 71.50
Tahap sokongan: 66.30, 63.75