83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Mei 2018                  Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mei 7 – 11

Kajian Pasaran (Forex): April 30 – Mei 4

Dolar A.S.

Dolar AS berlegar di paras tinggi tahun 2018 sementara para pelabur mencerna laporan pekerjaan yang memberikan isyarat bercampuran. Indeks dolar mencatat keuntungan sebanyak 0.17% dan menutup minggu lalu di paras 92.57 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain.

 

Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, ekonomi AS telah menjana hanya 164,000 pekerjaan bagi bulan April, tersasar daripada ramalan iaitu 189,000. Data tersebut telah memberikan keputusan yang lemah sejak dua pembebasan yang lalu selepas ia mencapai bacaan setinggi 313,000 bagi bulan Januari.

 

Namun, kadar pertumbuhan gaji masih menjadi penanda soal bagi para pelabur selepas ia bertumbuh dengan kadar hanya 0.1% berbanding dengan ramalan iaitu 0.2%. Walaupun kadar pengangguran menyusut sebanyak 0.1% ke 3.9%, ia masih gagal untuk meningkatkan persaingan gaji walaupun kadar pengambilan pekerjaan adalah lebih pesat. Pertumbuhan gaji yang lemah berkemungkinan untuk mengurangkan tekanan inflasi dan sekali gus menghamparkan kemungkinan Bank Pusat AS untuk mengadaptasi sentimen kenaikan kadar yang lebih agresif pada jangka panjang.

 

Sementara itu, keuntungan pada dolar adalah masih terhad selepas para pelabur mencerna perkembangan terkini dari rundingan perdagangan diantara AS-China. Kemungkinan masih menyelubungi isu tersebut selepas Naib Perdanan Menteri China Liu He dan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin bertemu di Beijing sejak hari Khamis yang lalu. Menurut kepada kenyataan dari China, perbezaan masih berterusan diantara dua buah negara tersebut walaupun mereka telah mencapai konsensus di dalam beberapa aspek mengenai perdagangan.

 

Risiko kepada persaingan perdagangan diantara dua negara tersebut makin meningkat menjelang tempoh komen 60 hari AS ke atas cadangan untuk melaksanakan tarif ke atas barangan import China. China memberi amaran bahawa mereka akan bertindak balas ke atas tarif AS dan ia mampu mendorong kepada ketegangan perdagangan yang tinggi kelak sambil mencetuskan perubahan ke atas corak perdagangan antarabangsa.

 


 

US Nonfarm Payrolls

—– Ramalan

US Nonfarm Payrolls telah tersasar daripada jangkaan dengan hanya 164,000 pekerjaan dijana bagi bulan April.

 

 

US Average Hourly Earnings

—– Ramalan

US Average Hourly Earnings tersasar daripada ramalan ekonomis dengan hanya 0.1% berbanding 0.2% bagi bulan April.

 


 

US Unemployment Rate

­—– Ramalan

Kadar pengangguran AS meneruskan aliran bearish sambil mencapai paras rendah 3.9% bagi bulan April.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.06% dan mengakhiri minggu lalu di paras 109.12.

 

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD meneruskan kerugiannya sebanyak 0.23% ke $1.1961 semasa lewat sesi perdagangan Jumaat. Mata wang tunggal tersebut menerima tekanan menurun yang menyeluruh susulan dengan pembebasan data ekonomi baru-baru ini yang lebih lemah berbanding dengan jangkaan ekonomis sambil menurunkan prospek ke atas Bank Pusat Eropah untuk mengurangkan program QE mereka.

 

 

GBP/USD

Pound sterling mencatat kerugian sebanyak 0.33% ke $1.3531 berbanding dengan dolar AS pada hari Jumaat yang lalu. Sterling masih di dalam tekanan bearish bagi sepanjang minggu lalu berlatarbelakangkan data yang lemah dan isu politik di UK yang telah mencetuskan kebimbangan di dalam kalangan para pelabur.

 


 

Kajian Pasaran (Komoditi): April 30 – Mei 4

GOLD

Harga emas telah melanjutkan kenaikannya pada hari Jumaat yang lalu sementara para pelabur bersiap sedia untuk risiko geopolitik dan ketegangan perdagangan yang lebih tinggi di dalam pasaran. Harga komoditi ini meningkat sebanyak 0.22% atau $2.86 dan menutup minggu lalu di paras $1,315.12 se troy auns.

 

Walaupun komoditi selamat ini telah memangkas sedikit kerugian bagi minggu lalu, momentum bullish adalah masih terhad oleh kerana sentimen ke atas kenaikan kadar faedah dari Bank Pusat AS untuk bulan Jun adalah masih tinggi. Harga emas adalah sensitif ke atas perubahan kadar faedah di AS yang boleh meningkatkan kos peluang untuk memegang aset ini sekiranya kadar meningkat.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah berlegar di paras psikologi $70 setong sementara para pelabur memberi fokus kepada kemungkinan AS menarik diri dari perjanjian nuklear dengan Iran pada minggu ini. Harga komoditi hitam tersebut meningkat sebanyak 1.88% dan menutup minggu lalu di paras $69.78 setong.

 

Presiden AS Donald Trump bakal menentukan samada untuk melanjutkan atau menarik diri dari perjanjian nuklear Iran sementara kebanyakan para pelabur telah menghargai prospek tersebut untuk pilihan yang kedua. Penarikan diri akan mendorong kepada sekatan antarabangsa yang baru ke atas negara pembekal minyak dan ia bakal mengehadkan eksportnya sambil mengurangkan kelebihan stok global dan meningkatkan harga minyak dunia.

 

Namun, keuntungan yang dialami oleh harga minyak adalah terhad berlatarbelakangkan peningkatan pembekalan minyak dari AS yang masih berterusan. Menurut kepada pembekal servis, Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif di AS telah meningkat sebanyak 9 ke 834 bagi minggu lalu. Pembekalan AS yang kini telah mencecah 10.6 juta tong sehari sedang mendekati paras pengeluar yang terbesar di dunia iaitu Rusia yang kini membekalkan minyak sebanyak 11 juta tong sehari.

 

 


 

Pandangan Mingguan: Mei 7 – 11   

Untuk minggu ini, para pelabur akan memantau keputusan kadar faedah dari Bank Pusat England yang dijadualkan pada hari Khamis untuk melihat prospek mereka terhadap kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Sementara itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada perkembangan terkini dari rundingan perdagangan AS-China bagi memantau risiko persaingan perdagangan yang boleh mendorong kepada momentum yang besar di dalam pasaran.

 

Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mei 7 – 11  

Isnin, Mei 7  

Data

EUR – German Factory Orders (MoM) (Mar)

CHF – CPI (MoM) (Apr)

 

Acara

USD – FOMC Member Bostic Speaks

 

Selasa, Mei 8  

Data

AUD – Retail Sales (MoM) (Mar)

CNY – Trade Balance (USD) (Apr)

EUR – German Industrial Production (MoM) (Mar)

EUR – German Trade Balance (Mar)

GBP – Halifax House Price Index (YoY) (Apr)

USD – JOLTs Job Openings (Mar)

 

Acara

USD – FOMC Member Kaplan Speaks

USD – Fed Chair Powell Speaks

 

Rabu, Mei 9  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

GBP – BRC Retail Sales Monitor (YoY) (Apr)

AUD – Westpac Consumer Sentiment (Mei)

USD – PPI (MoM) (Mar)

CAD – Building Permits (MoM) (Mar)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

CrudeOIL – Gasoline Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Mei 10  

Data

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

CNY – CPI (YoY) (Apr)

CNY – PPI (YoY) (Apr)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Mar)

GBP – Trade Balance (Mar)

GBP – BoE Interest Rate Decision (Mei)

USD – Core CPI (MoM) (Apr)

USD – Initial Jobless Claims

CAD – New Housing Price Index (MoM) (Mar)

 

Acara

NZD – RBNZ Rate Statement

NZD – RBNZ Press Conference

NZD – RBNZ Gov Orr Speaks

GBP – BoE Inflation Report

 

 

Jumaat, Mei 11

 

 

Data

USD – Import Price Index (MoM) (Apr)

CAD – Employment Change (Apr)

CAD – Unemployment Rate (Apr)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Mei)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

USD – FOMC Member Bullard Speaks

EUR – ECB President Draghi Speaks

 


 

Analisis Teknikal Mingguan: Mei 7 – 11  

 

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 92.50. MACD histogram yang memaparkan sedikit penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks tersebut untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan bias bullish.

 

Tahap rintangan: 92.50, 93.60

Tahap sokongan: 91.70, 90.95


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3600. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan kerugiannya sambil mengikuti aliran utama bearish.

 

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3785

Tahap sokongan: 1.3445, 1.3300

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh di 109.70. MACD histogram yang telah mula membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya pada jangka pendek dan menuju ke arah garisan 20-MA (merah berhampiran 108.40.

 

Tahap rintangan: 109.70, 111.65

Tahap sokongan: 108.40, 106.90

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini menguji berhampiran dengan tahap sokongan kukuh iaitu 1.1935. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih cenderung kepada bias bearish.

 

Tahap rintangan: 1.2055, 1.2170

Tahap sokongan: 1.1935, 1.1770

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah memasuki semula ke dalam saluran sisi selepas ia melantun dan menutup niaga di atas tahap sokongan 1310.00. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harga komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah) berdekatan 1325.00.

 

Tahap rintangan: 1325.00, 1340.00

Tahap sokongan: 1310.00, 1295.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup secara bullish di atas tahap rintangan 68.50. MACD histogram yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan bias bullish yang lebih lanjut. Namun, pemecahan dari sasaran 70.00 adalah diperlukan bagi mengesahkan bias tersebut.

 

Tahap rintangan: 70.00, 74.15

Tahap sokongan: 66.45, 63.65