1 November 2022 Analisis Sesi Petang
Euro merosot berikutan prospek ekonomi yang bearish di zon Euro.
EUR/USD, yang didagang secara meluas oleh para pelabur merosot pada semalam walaupun risiko inflasi meningkat. Menurut kepada Eurostat, Eurozone Consumer Price Index (CPI) YoY pada bulan Oktober meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 9.9% ke 10.7%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 10.2%. Dengan itu, Bank Pusat Eropah (ECB) berkemungkinan akan menaikkan kadarnya dengan agresif untuk menurunkan harga yang melambung tinggi. Namun, kemungkinan kenaikan kadar agresif daripada ECB dalam mesyuarat seterusnya telah berkurangan berikutan prospek ekonomi pesimis di zon Euro. Eurozone Gross Domestic Product (GDP) QoQ pada suku ketiga telah menunjukkan tanda kelembapan, yang menurun daripada angka sebelumnya sebanyak 0.8% ke 0.2%. Untuk mengelakkan isu yang lebih serius seperti risiko stagflasi, ECB mungkin mengurangkan saiz kenaikan kadar, kata 50 mata asas atau lebih rendah. Sebaliknya, mata wang proksi China, AUD/USD meningkat pada awal hari Selasa di tengah-tengah data ekonomi yang optimis daripada China. China Caixin Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) mencatatkan pada bacaan sebanyak 49.2, lebih tinggi berbanding ramalan konsensus sebanyak 49.0. Semasa penulisan, EUR/USD meningkat sebanyak 0.19% ke 0.9901 manakala AUD/USD meningkat sebanyak 0.67% ke 0.6440.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.58% ke $87.03 setong setakat penulisan susulan dengan data ekonomi China yang bullish. Di samping itu, harga emas menurun sebanyak 0.02% ke $1637.45 se-troy auns semasa penulisan berikutan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:30 | GBP – Manufacturing PMI (Oct) | 45.8 | 45.8 | – |
22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Oct) | 50.9 | 50.0 | – |
22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Sep) | 10.053M | 10.000M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 111.55, 113.15
Tahap sokongan: 109.95, 108.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1635, 1.1835
Tahap sokongan: 1.1370, 1.1165
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9990
Tahap sokongan: 0.9810, 0.9730
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 150.25, 152.80
Tahap sokongan: 147.65, 144.80
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6470, 0.6590
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6265
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.5920, 0.6015
Tahap sokongan: 0.5805, 0.5725
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3635, 1.3820
Tahap sokongan: 1.3455, 1.3320
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0005, 1.0105
Tahap sokongan: 0.9930, 0.9860
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 89.00, 92.50
Tahap sokongan: 86.05, 82.45
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1655.60, 1674.70
Tahap sokongan: 1633.35, 1616.90