2 November 2022 Analisis Sesi Petang
Euro menyusut apabila dolar AS menjadi lebih kukuh.
EUR/USD, yang didagang secara meluas oleh para pelabur menurun dengan ketara pada hari semalam di tengah-tengah data ekonomi yang bullish daripada negara AS, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah pasaran mata wang AS. Namun, kerugian yang dialami oleh Euro adalah terhad berikutan ucapan hawkish Bank Pusat Eropah (ECB). Menurut kepada Reuters, Presiden ECB Christine Lagarde mengulangi pada hari Selasa bahawa ECB harus terus meningkatkan kadar faedah untuk memulihkan kestabilan harga, walaupun langkah agresif tersebut berkemungkinan akan menyebabkan ekonomi zon Euro untuk memasuki kemelesetan. Selain itu, Christine Lagarde juga berikrar bahawa bank pusat akan melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kadar inflasi kembali ke sasaran 2%. Inflasi zon Euro yang meningkat ke 10.7% telah menambah kemungkinan dasar monetari penguncupan yang agresif daripada ECB, yang mendorong momentum bullish pada Euro. Sebaliknya, AUD/USD telah merosot semalam selepas Reserve Bank of Australia menaikkan kadarnya sebanyak 25 mata asas ke 2.85%, yang memenuhi jangkaan pasaran. Semasa penulisan, EUR/USD meningkat sebanyak 0.23% ke 0.9897 manakala AUD/USD meningkat sebanyak 0.42% ke 0.6422.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.46% ke $89.66 setong setakat penulisan susulan dengan data pembuatan yang optimis di China telah mengatasi kekangan ketat Covid. Di samping itu, harga emas menaik sebanyak 0.34% ke $1652.31 se-troy auns semasa penulisan berikutan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Oct) | 45.7 | 45.7 | – |
16:55 | EUR – German Unemployment Change (Oct) | 14K | 15K | – |
20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) | 208K | 195K | – |
22:30 | USD – Crude Oil Inventories | 2.588M | 0.367M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 111.55, 113.15
Tahap sokongan: 109.95, 108.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1635, 1.1835
Tahap sokongan: 1.1370, 1.1165
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9990
Tahap sokongan: 0.9810, 0.9730
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 147.65, 150.25
Tahap sokongan: 144.80, 142.20
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6470, 0.6590
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6265
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.5920, 0.6015
Tahap sokongan: 0.5805, 0.5725
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3635, 1.3820
Tahap sokongan: 1.3455, 1.3320
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0005, 1.0105
Tahap sokongan: 0.9930, 0.9860
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 92.50, 95.45
Tahap sokongan: 89.00, 86.05
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1655.60, 1674.70
Tahap sokongan: 1633.35, 1616.90