23 Julai 2019 Analisis Sesi Pagi
Sterling menjunam sementara UK memilih PM baru.
Pound sterling telah menerima tekanan menurun pada semalam sementara parti Konservatif UK memulakan undian mereka untuk memilih Perdana Menteri yang baru pada hari ini. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD melantun sebanyak 0.04% ke 1.2479. Untuk setakat ini, Boris Johnson atau Jeremy Hunt bakal diumumkan sebagai pengganti Theresa May. Menurut kepada laporan terkini, Boris Johnson yang mempunyai pendirian Brexit keras adalah pendahulu di dalam pilihan tersebut. Namun, Menteri Luar Negara Sir Alan Duncan telah meletakan jawatan beliau pada semalam sebagai bantahan sekiranya Johnson dipilih sebagai PM yang seterusnya. Ia juga dilaporkan bahawa Duncan akan menyeru untuk mengadakan undian kecemasan selepas PM baru telah diumumkan. Susulan dengan peningkatan risiko politik dan Brexit, para pelabur telah menjual posisi mereka pada pound sterling dan memasuki ke dalam aset yang lain. Sementara itu, indeks dolar meningkat sebanyak 0.15% ke 96.90 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Untuk setakat ini, para pelabur akan meletakkan tumpuan mereka ke atas pembebasan data GDP pada hari Jumaat ini sebelum memberi fokus kepada mesyuarat polisi Bank Pusat AS pada minggu hadapan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.14% ke $56.03 setong. Harga minyak kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat susulan dengan isyarat yang bercampuran di dalam pasaran seperti ketegangan geopolitik dan risiko perang perdagangan. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.04% ke $1,423.99 se troy auns sementara para pelabur memberi tumpuan kepada pembebasan data ekonomi yang seterusnya dari AS bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Jun) | 5.34M | 5.35M | – |
| 04:30
(24hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -1.401M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat dan menuju ke arah 97.05.
Tahap rintangan: 97.05, 97.50
Tahap sokongan: 96.75, 96.35

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.2450.
Tahap rintangan: 1.2500, 1.2535
Tahap sokongan: 1.2450, 1.2400

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 1.1200.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1275
Tahap sokongan: 1.1200, 1.1150

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 108.25.
Tahap rintangan: 108.25, 108.50
Tahap sokongan: 107.70, 107.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7040, 0.7070
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6960

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6735. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6735.
Tahap rintangan: 0.6765, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6735, 0.6710

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3140.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3060, 1.3010

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9730

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 57.25, 58.85
Tahap sokongan: 55.70, 55.00

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1423.00. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas ia memecahkan 1423.00.
Tahap rintangan: 1435.00, 1448.00
Tahap sokongan: 1423.00, 1415.00