18 Mei 2018 Analisis Harian
Ekonomi kukuh masih menyokong kadar bon dan dolar.
Indeks dolar telah didagang secara tipis berhampiran dengan paras tinggi lima bulan dan disebut harga di 93.43 semasa penulisan. Momentum yang tipis tersebut telah tercetus susulan dengan data ekonomi yang bercampuran dari rantau tersebut. Semalaman, US Department of Labor telah melaporkan peningkatan tuntutan pengangguran sebanyak 10,000 ke paras 222,000 bagi minggu lalu, tersasar daripada ramalan sebanyak 215,000. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas Philadelphia Fed Manufacturing Indeks memberikan bacaan yang lebih tinggi sebanyak 34.4 berbanding dengan ramalan hanya 21.0. Secara lazimnya, dolar masih kekal disokong di atas tahap utama 93.00 oleh kerana kadar hasil bon AS telah melonjak ke paras yang tertinggi sejak tahun 2011 di 3.122% pada semalam. Sebaliknya, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.01% ke $1.1804 berlatarbelakangkan isu politik di Itali selepas beberapa parti berkemungkinan untuk membentuk parti gabungan yang boleh meningkatkan ketidakstabilan dari rantau tersebut.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.14% ke $71.70 setong susulan dengan sentimen optimistik terhadap sekatan AS ke atas eksport minyak Iran yang boleh mengurangkan kelebihan stok global. Sementara itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.13% ke $1,288.51 se troy auns susulan dengan kenaikan kadar hasil bon AS yang boleh menurunkan penampilan aset tersebut sebagai aset alternatif.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:00 USD FOMC Member Mester Speaks
21:15 USD FOMC Member Brainard Speaks
21:15 USD FOMC Member Kaplan Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:30 | JPY – National Core CPI (YoY) (Apr) | 0.9% | 0.8% | 0.7% |
| 14:00 | EUR – German PPI (MoM) (Apr) | 0.1% | 0.3% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Apr) | 0.2% | – | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | 0.0% | 0.5% | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 844 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara mengayun dengan ketiadaan momentum yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan MACD. Oleh itu, ia dicadangkan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat indikasi selanjut mengenai arah pergerakan pasangan tersebut dalam jangka masa yang terdekat.
Tahap rintangan: 1.3550, 1.3610
Tahap sokongan: 1.3450, 1.3330
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.1780. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.1830.
Tahap rintangan: 1.1830, 1.1920
Tahap sokongan: 1.1780, 1.1740
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah garisan trend pada wedge menaik. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 111.00.
Tahap rintangan: 111.00, 111.70
Tahap sokongan: 110.40, 110.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 71.70. Pembentukan lilin engulfing dan silang kematian yang ditunjukkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian ke arah garisan trend pada wedge menaik.
Tahap rintangan: 71.70, 72.20
Tahap sokongan: 71.20, 70.60
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1290.00. Silang kematian yang bakal dibentuk oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1285.90.
Tahap rintangan: 1290.00, 1295.70
Tahap sokongan: 1285.90, 1276.70