83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 November 2022                           Analisis Sesi Petang

 

Dolar berayun menjelang data CPI yang telah lama ditunggu-tunggu.

Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, memulih sebahagian besar kerugiannya semalam manakala para pelabur masih menunggu angka inflasi yang telah lama ditunggu-tunggu. Lewat hari ini, Biro Perangkaan Buruh AS akan mengumumkan data CPI, yang mana ia akan memberikan pelabur laluan yang jelas tentang dasar monetari Rizab Persekutuan. Kenaikan harga yang kukuh mungkin akan mengukuhkan pelan kenaikan kadar hawkish Rizab Persekutuan, manakala penurunan ketara dalam angka inflasi akan memperlahankan lagi kadar kenaikan kadar pada masa hadapan. Sebaliknya, pilihan raya pertengahan di AS yang sedang berlangsung juga meningkatkan daya tarikan Greenback. Pada ketika ini, Senat AS masih belum selesai untuk larian di negeri Georgia kerana tiada calon daripada parti itu mencapai undian melebihi 50%. Sebaliknya, Republikan berkemungkinan akan mendapatkan semula kawalan Dewan Rakyat kerana parti itu mendahului dengan lebih banyak kerusi. Bagaimanapun, keputusan akhir pilihan raya pertengahan masih tertakluk kepada sebarang perubahan memandangkan pengiraan undi masih berjalan.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.05% ke $85.75 setong apabila Pegawai Kesihatan China itu bertegas untuk mengekalkan dasar “Sifar Covid” mereka, yang boleh mengurangkan permintaan minyak pada masa hadapan. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.08% ke $1708.05 setiap troy auns di tengah-tengah penurunan inventori sedikit dalam pasaran dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Core CPI (MoM) (Oct) 0.6% 0.5%
21:30 USD – CPI (YoY) (Oct) 8.2% 8.0%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 217K 220K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 109.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 111.25.

 

Tahap rintangan: 111.25, 113.30

Tahap sokongan: 109.00, 107.35

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1445. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.1290.

 

 

Tahap rintangan: 1.1445, 1.1635

Tahap sokongan: 1.1290, 1.1175

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0025. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0130, 1.0255

Tahap sokongan: 1.0025, 0.9910

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 147.30.

 

Tahap rintangan: 147.30, 149.35

Tahap sokongan: 144.70, 141.75

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6400. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6530, 0.6640

Tahap sokongan: 0.6400, 0.6285

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.5930, 0.6025

Tahap sokongan: 0.5845, 0.5765

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3505. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3600.

 

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3715

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3400

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9840. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.9930, 1.0055

Tahap sokongan: 0.9840, 0.9745

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 86.05. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 84.35.

 

Tahap rintangan: 86.05, 87.40

Tahap sokongan: 84.35, 82.65

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1693.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan seterusnya.

 

Tahap rintangan: 1726.15, 1766.50

Tahap sokongan: 1693.35, 1661.40