22 Julai 2019 Analisis Sesi Pagi
Fed memotong kadar, yang lain akan mengikutinya.
Dolar AS telah didagang secara tidak berubah apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat lepas selepas ia melantun dari paras rendahnya. Secara keseluruhan, sentimen bearish terhadap dolar AS adalah masih kukuh sementara para pelabur menjangkakan Bank Pusat AS (Fed) untuk memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada akhir bulan ini. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, jangkaan bagi pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas telah mencecah 100%. Selain itu, Presiden AS Donald Trump masih memberi tekanan ke atas Fed selepas beliau mengkritik bank tersebut yang mempunyai “pemikiran yang tidak munasabah” melalui akaun Twitter beliau. Tambahan pula, Pengerusi Fed New York John William menyatakan bahawa Fed perlu melaksanakan perubahan secara pantas bagi mengambil langkah pencegahan yang lebih baik dari menunggu kadar inflasi untuk menyusut. Di rantau yang lain, jangkaan pemotongan kadar dari Fed telah memberikan alasan kepada pasaran baru muncul untuk memangkas 25 mata asas dari kadar mereka dengan lebih yakin lagi tanpa melemahkan daya tarikan mata wang masing-masing. Pada hari Khamis yang lalu, bank pusat dari Indonesia, Korea Selatan dan Afrika Selatan telah mengurangkan kadar masing-masing sebanyak 25 mata asas. Semasa penulisan, indeks dolar kekal tidak berubah berhampiran 96.75.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.68% ke $56.12 setong. Niaga hadapan minyak menerima permintaan yang tinggi susulan dengan ketegangan di perairan Persia selepas berlakunya gencatan diantara AS-Iran serta mengambil langkah yang bakal mendorong kepada pertempuran. Ketegangan di perairan tersebut bakal menyekat saluran penghantaran minyak lautan yang penting dan ia akan menjejaskan penghantaran bekalan ke bahagian lain di dunia. Sementara itu, harga emas merosot sebanyak 0.09% ke $1,424.04 se troy auns manakala para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas 96.75. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah paras atas saluran menurun.
Tahap rintangan: 97.05, 97.50
Tahap sokongan: 96.75, 96.35

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1.2580, 1.2660
Tahap sokongan: 1.2500, 1.2450

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1275
Tahap sokongan: 1.1200, 1.1150

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di paras atasnya.
Tahap rintangan: 108.25, 108.50
Tahap sokongan: 107.70, 107.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7040, 0.7070
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6960

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6765, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6735, 0.6710

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). Walaupun MACD memaparkan isyarat bearish, penutupan niaga di bawah garisan MA tersebut adalah diperlukan untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.3060, 1.3090
Tahap sokongan: 1.3045, 1.3020

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9730

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas penutupan niaganya di atas garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 57.25, 58.85
Tahap sokongan: 55.70, 55.00

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang secara tipis berhampiran dengan tahap sokongan 1423.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1435.00, 1448.00
Tahap sokongan: 1423.00, 1415.00