17 Mei 2018 Analisis Harian
Dolar susut susulan data ekonomi yang bercampuran.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur sebanyak 0.09% ke 93.15 susulan dengan data ekonomi yang bercampuran dari rantau tersebut. Selain itu, momentum tersebut telah tercetus selepas Euro memulih pada semalam yang memberikan tekanan bearish ke atas dolar. Semalaman, dolar telah menerima sokongan meningkat seawalnya selepas data building permits meningkat sebanyak 1.8% ke 1.347 juta unit berbanding dengan ramalan untuk menurun sebanyak 2.3% sementara pengeluaran dari sektor perindustrian menjangkaui ramalan sebanyak 0.7% berbanding 0.5%. Namun, keuntungan yang dialami oleh dolar telah dipangkas susulan dengan data pembinaan rumah AS yang mengalami pengecutan sebanyak 3.7% berbanding ramalan untuk susut hanya 0.7%. Dolar telah gagal untuk mengukuhkan kedudukannya selepas Euro melantun dari paras bawah meskipun Parti Itali 5-Star yang anti-penubuhan dan Parti League yang anti-pendatang menyeru Bank Pusat Eropah untuk memansuhkan hutang mereka sebanyak $29418 bilion. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.03% ke $1.1810.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.21% ke 71.63 setong selepas pembekalan minyak di AS menurun sebanyak 1.404 juta tong berbanding dengan ramalan untuk menurun hanya 0.763 juta tong pada minggu lalu. Sementara itu, harga emas memulih sebanyak 0.17% ke $1,290.70 se troy auns selepas dolar AS berundur dari paras atasnya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
06:30 USD FOMC Member Bullard Speaks
22:45 USD FOMC Member Kashkari Speaks
01:30 (Fri) USD FOMC Member Kaplan Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Employment Change (Apr) | 4.9K | 20.3K | 22.6K |
| 09:30 | AUD – Unemployment Rate (Apr) | 5.5% | 5.5% | 5.6% |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 211K | 219K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) | 23.2 | 21.0 | – |
| 20:30 | USD – Philly Fed Employment (May) | 27.1 | – | – |
| 20:30 | CAD – Foreign Securities Purchases (Mar) | 3.96B | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.3450. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi indikasi kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya lilin berjaya menutup di atas paras Fibonacci 61.8 tersebut.
Tahap rintangan: 1.3550, 1.3610
Tahap sokongan: 1.3450, 1.3330
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia gagal untuk memecah tahap sokongan di 1.1780. Garisan isyarat MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.1840.
Tahap rintangan: 1.1840, 1.1920
Tahap sokongan: 1.1780, 1.1680
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 110.00. Namun, silang kematian yang dibentuk oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah sebelum melanjutkan bias menaik.
Tahap rintangan: 110.40, 110.90
Tahap sokongan: 110.00, 109.70
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 71.70. Kekurangan momentum dari segi corak lilin memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah sebelum melanjutkan bias menaik semula.
Tahap rintangan: 71.70, 73.60
Tahap sokongan: 71.20, 70.60
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1290.00. Garisan isyarat MACD yang bakal membentuk silang keemasan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya lilin berjaya menutup di atas paras tertinggi sebelum tersebut.
Tahap rintangan: 1295.70, 1301.20
Tahap sokongan: 1290.00, 1285.90