83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Mei 2018                        Analisis Harian

 

Dolar menjunam susulan data yang suram dan risiko geopolitik.

Indeks dolar telah mencatat kerugian sebanyak 0.23% ke 93.80 semasa penulisan susulan dengan pembebasan laporan ekonomi yang kurang memuaskan serta tindakan Presiden Donald Trump dalam membatalkan sidang kemuncak dengan Korea Utara. Semalaman, dolar telah mengalami pukulan bearish selepas Commerce Department melaporkan pengecutan pada jualan rumah terpakai sebanyak 2.5%, lebih tinggi daripada ramalan untuk menurun hanya 0.2%. Sementara itu, tuntutan pengangguran bagi minggu lalu telah meningkat sebanyak 11,000 ke jumlah sebanyak 234,000 dan ia adalah lebih tinggi daripada ramalan untuk susut ke paras 220,000. Selain itu, mata wang tersebut telah mengalami tekanan tambahan selepas White House mengumumkan bahawa ia adalah tidak wajar untuk berunding mengenai isu nuklear dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un yang dijadualkan di Singapura pada 12hb Jun susulan dengan ancaman yang dipaparkan oleh negara tersebut di dalam kenyataan baru-baru ini. Sebaliknya, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.25% ke $1.3369 selepas jualan runcit dari UK memberikan bacaan yang optimistik sebanyak 1.6% berbanding 0.8% bagi bulan April.

 

Dari segi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 1.57% ke $70.71 setong selepas para pelabur khuatir akan pendekatan OPEC dan sekutunya untuk meningkatkan pembekalan mereka bagi mengatasi kekurangan stok minyak mentah global yang mungkin berlaku. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 1.18% ke $1,302.51 se troy auns susulan dengan risiko geopolitik yang lebih tinggi berikutan dengan pembatalan sidang kemuncak diantara AS dan Korea Utara.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

21:00                     USD                                        Fed Chair Powell Speaks

23:45                     USD                                        FOMC Member Bostic Speaks

23:45                     USD                                        FOMC Member Kaplan Speaks

 

 


 

Data Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:30 JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Mar) 0.6% 0.6% 0.5%
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (May) 102.1 101.9
16:30 GBP – GDP (QoQ) (Q1) 0.1% 0.1%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) -0.1% 0.5%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (May) 98.8 98.8
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 844

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1.3400. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1.3330.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3450

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3270

 


 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.1720. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke arah tahap sokongan yang seterusnya di 1.1680.

 

Tahap rintangan: 1.1720, 1.1770

Tahap sokongan: 1.1680, 1.1610

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 109.30. Positive divergence yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke arah tahap rintangan yang seterusnya di 109.70.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.00

Tahap sokongan: 109.30, 108.90

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 71.20. Namun, silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias menurun semula.

 

Tahap rintangan: 71.20, 71.80

Tahap sokongan: 70.60, 69.80


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1305.20. Pembentukan silang kematian daripada garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1300.50.

 

Tahap rintangan: 1305.20, 1310.40

Tahap sokongan: 1300.50, 1296.30