83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Disember 2022                             Analisis Sesi Pagi

 

Greenback menjunam susulan inflasi berkurangan.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, merekodkan kerugian besar semalam apabila data inflasi AS memberikan bacaan yang lebih lembut daripada jangkaan. Menurut kepada Jabatan Buruh AS, harga barangan dan perkhidmatan di negara itu meningkat kurang daripada dijangka pada bulan November, mencerminkan tanda bahawa inflasi dikawal dengan baik berikutan beberapa siri kenaikan kadar sejak awal tahun ini. Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak 7.1% berbanding setahun lalu, tersasar ramalan konsensus pada 7.3% , manakala IHP teras, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, telah meningkat 0.2% pada bulan itu, berbanding dengan ramalan ahli ekonomi iaitu 0.3%. Inflasi yang semakin berkurangan meningkatkan risiko sentimen pasaran kerana ia mengurangkan tekanan daripada Fed untuk menaikkan kadar yang lebih besar untuk jangka masa yang lebih lama. Walaupun, ia perlu diberi perhatian untuk menekankan bahawa kadar inflasi semasa masih jauh daripada sasaran inflasi jangka panjang Fed iaitu 2%. Pada ketika ini, para pelabur sedang menunggu keputusan kadar daripada Fed, yang akan diumumkan pada awal pagi pada 15hb Dis. Semasa penulisan, indeks dolar turun sebanyak -1.07% ke 104.00.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 3.54% ke $75.25 setong kerana tiada garis masa untuk memulakan semula saluran paip Keystone setakat ini. Selain itu, kejatuhan mata wang Greenback menggesa pelabur global untuk membeli ke dalam pasaran komoditi hitam dengan kos yang rendah Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.10% ke $1810.10 setiap troy auns apabila dolar AS menjunam berikutan kadar inflasi yang lebih rendah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

17:00                     CrudeOIL                               IEA Monthly Report

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – CPI (YoY) (Nov) 11.1% 10.9%
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -5.187M -3.595M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2345. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2345, 1.2470

Tahap sokongan: 1.2200, 1.2000

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0775.

 

Tahap rintangan: 1.0755, 1.0935

Tahap sokongan: 1.0615, 1.0475

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 136.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 134.15.

 

Tahap rintangan: 136.45, 138.90

Tahap sokongan: 134.15, 131.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6860.

 

 

Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6460. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.6460.

 

Tahap rintangan: 0.6460, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6355, 0.6255

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3740

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3400

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9310. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9225.

 

Tahap rintangan: 0.9310, 0.9405

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9110

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 71.45. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 76.10.

 

Tahap rintangan: 76.10, 80.60

Tahap sokongan: 71.45, 69.05

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1806.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1835.30.

 

Tahap rintangan: 1835.30, 1869.85

Tahap sokongan: 1806.35, 1786.00