83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Disember 2022                             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar mendatar apabila China melonggarkan sekatan sempadannya.

Indeks itu, yang digunakan untuk mengukur kekuatan atau kelemahan dolar AS berbanding sekumpulan enam mata wang utama, terus berlegar menghampiri paras 104.00 kerana sempadan China yang akan dibuka semula telah menjejaskan sentimen penghindaran risiko pasaran. Menurut berita terkini, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah mengumumkan bahawa mereka akan berhenti memaksa orang asing yang masuk ke dalam negaranya untuk menjalani kuarantin bermula dari 8 Januari 2023. Sebagai langkah selanjutnya untuk mengurangkan sekatan Covid-19, China juga akan menurunkan taraf pengurusan Covid-19 daripada peringkat teratas semasa Kategori A kepada Kategori B yang kurang ketat kerana penyakit itu didapati menjadi kurang ganas dan akan berkembang kepada jenis jangkitan pernafasan biasa secara beransur-ansur. Dengan latar belakang sedemikian, ekonomi China dijangka pulih dengan kukuh selepas dipukul oleh langkah-langkah penutupan sejak kebangkitan semula Covid-19, yang mencetuskan sentimen risiko pasaran. Sebaliknya, kemungkinan kenaikan kadar yang agresif terus menurun di samping tekanan inflasi menunjukkan tanda-tanda kelonggaran selanjutnya. Oleh itu, pasaran gagal melihat kebangkitan kukuh dalam indeks dolar pada masa ini. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.14% ke 104.15.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 1.66% ke $80.75 setong apabila China memutuskan untuk melonggarkan sekatan Covid-19 bermula dari 8 Januari, meningkatkan harapan pasaran terhadap pemulihan permintaan dalam masa terdekat. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.85% ke $1813.65 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Nov) -4.6% -0.8%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur tahap rintangan di 1.2200. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2000.

 

Tahap rintangan: 1.2200, 1.2345

Tahap sokongan: 1.2000, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0575. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0775.

 

Tahap rintangan: 1.0775, 1.0935

Tahap sokongan: 1.0575, 1.0475

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 131.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 134.15.

 

Tahap rintangan: 134.15, 136.45

Tahap sokongan: 131.25, 128.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6725. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.

 

 

Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6255. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6170

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3505. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3740

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3400

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9310. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9405, 0.9530

Tahap sokongan: 0.9310, 0.9225

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 80.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 80.60, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 71.45

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1807.85. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1835.30.

 

Tahap rintangan: 1835.30, 1869.85

Tahap sokongan: 1807.85, 1786.00