6 Jun 2018 Analisis Harian
Dolar susut selepas Euro melonjak.
Dolar AS susut berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Selasa berikutan dengan pembelian ke atas Euro sementara data optimistik dari AS telah diketepikan oleh para pelabur. Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.12% ke paras 93.80 semasa awal sesi dagangan Asia. Dari segi ekonomi, ISM telah melaporkan bahawa PMI bagi sektor bukan pembuatan telah meningkat ke paras 58.6, lebih baik daripada ramalan untuk meningkat ke hanya 57.9. Sementara itu, bilangan jawatan kosong di AS telah meningkat ke paras 6.7 juta pada bulan April, lebih optimistik daripada ramalan ekonomis untuk susut ke 6.5 juta. Namun, data tersebut gagal untuk mempertahankan momentum bullish pada dolar selepas Euro melonjak berikutan dengan penyusutan risiko politik dari rantau tersebut. Momentum bullish tersebut telah dipacu selepas Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte menegaskan bahawa mereka tiak membincang untuk membatalkan keahlian Itali dari Kesatuan Eropah dan ia telah menafikan sebarang spekulasi yang dibuat sebelum ini. Selain itu, mata wang tunggal tersebut telah menerima sokongan menaik yang lebih lanjut selepas terdapatnya laporan yang mengulas bahawa Bank Pusat Eropah bakal membebaskan tarikh tamat bagi program pembelian aset. Laporan tersebut telah mencetuskan spekulasi bahawa bank tersebut sedang bersiap sedia untuk mengetatkan dasar kewangan.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.11% ke $65.55 setong selepas American Petroleum Institute melaporkan bahawa stok minyak di AS telah susut sebanyak 2.03 juta tong bagi minggu lepas. Fokus pasaran akan diberikan kepada laporan rasmi mengenai stok dari Energy Information Administration untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.06% ke $1,297.35 se troy auns selepas para pelabur bergiat untuk membeli aset tersebut berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – GDP (QoQ) (Q1) | 0.4% | 0.8% | – |
| 20:30 | USD – Trade Balance (Apr) | -49.00B | -50.00B | – |
| 20:30 | USD – Unit Labour Costs (QoQ) (Q1) | 2.7% | 2.7% | – |
| 20:30 | CAD – Trade Balance (Apr) | -4.14B | -3.40B | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.620M | -1.824M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | 0.534M | 0.587M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia melantun dari garisan trend menaik berhampiran 1.3300. MACD histogram yang telah membentuk isyarat menaik mencadangkan bias bullish. Namun, pemecahan dari 1.3410 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.3410, 1.3460
Tahap sokongan: 1.3360, 1.3300
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras atasnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1740, 1.1790
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1650
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras tengahnya. Kedua-dua petunjuk MACD histogram dan Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 110.00, 111.55
Tahap sokongan: 109.40, 108.85
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia telah memecahkan garisan trend menurun baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan selepas ia memecahkan tahap rintangan di 65.70.
Tahap rintangan: 65.70, 67.35
Tahap sokongan: 64.10, 63.00
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan yang kukuh iaitu 1297.00. MACD histogram yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas ia menutup niaga di atas sasaran 1297.00 dan garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1297.00, 1301.20
Tahap sokongan: 1290.00, 1282.10