4 Januari 2023 Analisis Sesi Petang
Euro menjunam di tengah-tengah pengurangan risiko inflasi.
EUR/USD, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global merosot berikutan risiko inflasi yang berkurangan di negara zon Euro. Menurut kepada Federal Statistical Office Germany, Germany Consumer Price Index (CPI) YoY bagi bulan Disember telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 10.0% ke 8.6%, lebih rendah daripada ramalan konsensus sebanyak 9.1%. Malah, penurunan risiko inflasi Jerman mungkin akan menurunkan inflasi di zon Euro yang mencapai dua angka, manakala mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar agresif daripada Bank Pusat Eropah (ECB). Oleh itu, para pelabur mungkin akan memberikan tumpuan kepada mata wang lain yang memberikan pulangan yang lebih baik. Sebaliknya, GBP/USD juga telah mencatatkan kerugian pada semalam di tengah-tengah latar belakang kemelesetan ekonomi. In UK Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) pada bulan Disember mencatatkan pada bacaan sebanyak 45.3, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 44.7. Walau bagaimanapun, angka yang kurang daripada 50 menunjukkan penguncupan dalam sektor pembuatan UK, yang membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di UK. Semasa penulisan, EUR/USD meningkat sebanyak 0.21% ke 1.0568 manakala GBP/USD meningkat sebanyak 0.18% ke 1.1987.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.21% ke $76.77 setong semasa penulisan berikutan kemelesetan global yang menjulang yang diberi amaran oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di samping itu, harga emas meningkat sebanyak 0.29% ke $1845.50 se-troy auns setakat penulisan berikutan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03:00 USD FOMC Meeting Minutes
(5th Jan)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Dec) | 49.0 | 48.5 | – |
23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Nov) | 10.334M | 10.000M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 104.50, 105.70
Tahap sokongan: 103.20, 102.05
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2135, 1.2335
Tahap sokongan: 1.1955, 1.1775
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0600, 1.0740
Tahap sokongan: 1.0465, 1.0335
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 132.60, 135.80
Tahap sokongan: 129.35, 126.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6955
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6590
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6360, 0.6460
Tahap sokongan: 0.6260, 0.6150
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3685, 1.3875
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3320
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9400, 0.9550
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 77.25, 81.50
Tahap sokongan: 73.90, 70.60
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1855.40, 1877.80
Tahap sokongan: 1833.00, 1808.55