83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Januari 2023                    Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak di tengah-tengah minit Fed hawkish dan data buruh yang positif.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan mata wang utama, berjaya mengekalkan kedudukannya berikutan pengumuman minit Fed yang hawkish. Pada awal pagi, Greenback menerima sedikit momentum kenaikan harga kerana minit Fed menunjukkan bahawa para pegawai masih komited untuk menyejukkan ekonomi yang terlalu panas dengan menaikkan kadar faedah ke tahap yang lebih tinggi untuk tempoh masa hadapan. Di samping itu, penggubal dasar Fed juga mengulangi bahawa dasar monetari yang ketat tidak akan diubahkan pada masa ini dan sebaliknya, ia perlu dikekalkan untuk tempoh tertentu sehingga data menunjukkan bahawa inflasi berada di landasan yang betul dan menuju ke sasaran jangka panjang 2%. Dalam mesyuarat itu, lembaga ahli Fed bersetuju untuk meningkatkan kadar tunai rasmi sebanyak 50 mata asas kepada julat antara 4.25 – 4.5%. Sasaran untuk mengekalkan dasar monetari yang ketat adalah untuk mengelakkan risiko reda terlalu cepat, yang mungkin menyebabkan inflasi melonjak dengan ketara sekali lagi. Sebelum minit mesyuarat Fed dibebaskan, indeks dolar mendapat rangsangan daripada data buruh yang positif. Menurut kepada Biro Statistik Buruh, data JOLTs Job Openings AS memberikan bacaan sebanyak 10.458M, melepasi ramalan konsensus pada 10.000M, mencerminkan bahawa pasaran buruh AS kekal berdaya tahan sambil menandakan bahawa data buruh penting yang akan datang seperti NFP akan memberikan bacaan yang sama positif. Semasa penulisan, indeks dolar turun sebanyak -0.28% ke 104.22.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.27% ke $73.45 setong selepas jatuh dengan ketara semasa sesi dagangan sebelumnya di tengah-tengah kebimbangan pasaran mengenai permintaan global terhadap pasaran minyak di latar belakang kes Covid-19 yang meningkat di China dan peningkatan risiko kemelesetan global. Selain itu, harga emas naik sebanyak 0.02% ke $1854.55 setiap troy auns apabila dolar melemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Composite PMI (Dec) 48.2 48.2
17:30 GBP – Services PMI (Dec) 48.8 48.8
21:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Dec) 127K 127K
21:30 USD – Initial Jobless Claims 225K 225K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 107.90

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1940. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2105.

 

Tahap rintangan: 1.2105, 1.2200

Tahap sokongan: 1.1940, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berdekatan tahap sokongan di 1.0575. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.0675, 1.0775

Tahap sokongan: 1.0575, 1.0475

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 131.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 134.15.

 

Tahap rintangan: 134.15, 136.45

Tahap sokongan: 131.25, 128.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6860.

 

 

Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6255. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6170

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3505. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3740

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3400

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9310. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan  mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9405, 0.9530

Tahap sokongan: 0.9310, 0.9225

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 76.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 71.50.

 

Tahap rintangan: 76.10, 81.35

Tahap sokongan: 71.50, 66.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1835.30. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1869.85.

 

Tahap rintangan: 1869.85, 1914.15

Tahap sokongan: 1835.30, 1807.85