83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Jun 2018                            Analisis Harian

 

Dolar melantun sementara ECB masih dipantau.

Dolar AS memulih dari paras rendah sesi berbanding dengan mata wang utama yang lain namun masih di bawah tekanan bearish selepas Euro meneruskan kenaikannya berasaskan prospek yang tinggi terhadap Bank Pusat Eropah (ECB) untuk membebaskan pelan bagi program QE pada minggu hadapan. Indeks dolar menokok sebanyak 0.08% ke paras 93.37 semasa sesi dagangan Asia. Semalaman, dolar menerima sokongan bullish selepas tuntutan pengangguran menurun sebanyak 1,000 individual ke paras 222,0000, lebih baik daripada jangkaan untuk kekal sama di paras 223,000. Namun, keuntungan yang dialami adalah masih terhad sementara para pelabur memberi perhatian kepada ECB yang berkemungkinan untuk mengumumkan tarikh tamat program pembelian bon mereka pada minggu hadapan. Isyarat tersebut telah mencetuskan sentimen bullish ke atas bank tersebut untuk mengetatkan dasar pada lebih awal daripada jangkaan sebelum ini. Mata wang Euro susut sedikit sebanyak 0.06% ke $1.1796 berbanding dengan dolar AS.

 

Merenung ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.35% ke $66.12 setong selepas menteri minyak mentah Iraq mengulas bahawa peningkatan pembekalan untuk separuh tahun yang kedua tidak disertakan ke dalam agenda bagi mesyuarat 22hb Jun nanti. Isyarat tersebut telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur selepas OPEC mencadangkan untuk meningkatkan pembekalan bagi mengatasi kekurangan stok dari Venezuela dan Iran. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.02% ke $1,296.93 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang kukuh serta penyusutan pada risiko pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:50 JPY – GDP (QoQ) (Q1) -0.2% -0.1% -0.2%
14:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Apr) 1.0% 0.3%
14:00 EUR – German Trade Balance (Apr) 22.0B 21.0B
16:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Apr) -0.1% -0.2%
20:30 CAD – Employment Change (May) -1.1K 17.5K
20:30 CAD – Unemployment Rate (May) 5.8% 5.8%
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 861

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap 1.3460. MACD histogram yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sekiranya ia memecahkan tahap sokongan di 1.3410.

 

Tahap rintangan: 1.3460, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3410, 1.3360

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun secara bullish dari sasaran 1.1790. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah). ,

 

Tahap rintangan: 1.1830, 1.1865

Tahap sokongan: 1.1790, 1.1740

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras 109.40. MACD histogram yang telah membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 110.00, 110.55

Tahap sokongan: 109.40, 108.85

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak menah telah meneruskan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 65.70. MACD histogram yang telah memaparkan bias bullish mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 67.35, 68.30

Tahap sokongan: 65.70, 64.10

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia memecahkan paras bawah saluran dan sasaran di 1296.00.

 

Tahap rintangan: 1298.20, 1300.35

Tahap sokongan: 1296.00, 1293.40