12 Januari 2023 Analisis Sesi Pagi
Kemerosotan Dolar AS diteruskan sebelum data CPI dibebaskan.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama berlegar-legar di paras terendah dalam 7 bulan kerana peserta pasaran masih menunggu pengumuman laporan inflasi AS. Pada ketika ini, US Consumer Price Index (CPI) YoY dijangka menurun daripada bacaan sebelumnya secara meluas, dan spekulasi pakar ekonomi telah memberikan 6.5%, lebih rendah daripada sebelumnya sebanyak 7.1%. Sebaliknya, ucapan dovish daripada ahli Fed telah memberi tekanan lanjut ke atas Dolar AS. Menurut kepada The New York Time, Susan M. Collins, presiden Federal Reserve Bank of Boston mendakwa pada hari Rabu bahawa beliau berminat kepada kenaikan 25 mata asas dalam mesyuarat Februari. Beliau beranggapan bahawa kenaikan kadar faedah yang lebih kecil mungkin akan menyediakan lebih banyak ruang untuk mereka mengakses data-data lain sebelum membuat keputusan. Namun begitu, beliau juga mengulangi bahawa ia bergantung kepada data terhadap keputusan kenaikan kadar. Oleh itu, data CPI berkemungkinan mempunyai kesan yang ketara ke atas pergerakan pasaran FX pada masa hadapan. Semasa penulisan, Indeks Dolar menurun sebanyak 0.01% ke 102.98.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.05% ke $77.70 setong setakat penulisan berikutan peningkatan inventori minyak. Menurut kepada EIA, Inventori Minyak Mentah AS meningkat sebanyak 18.962M tong, melebihi jangkaan pasaran. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1875.81 se-troy auns setakat penulisan berikutan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Dec) | 0.20% | 0.30% | – |
21:30 | USD – CPI (MoM) (Dec) | 0.10% | 0.10% | – |
21:30 | USD – CPI (YoY) (Dec) | 7.10% | 6.50% | – |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 204K | 220K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang bekurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 103.20, 104.50
Tahap sokongan: 102.05, 100.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepa ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2335, 1.2535
Tahap sokongan: 1.2135, 1.1955
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0890, 1.1040
Tahap sokongan: 1.0740, 1.0600
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 132.60, 135.80
Tahap sokongan: 129.35, 126.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6955, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6830, 0.6705
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6460, 0.6560
Tahap sokongan: 0.6360, 0.6260
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3685
Tahap sokongan: 1.3320, 1.3155
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9400, 0.9550
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 81.50, 85.20
Tahap sokongan: 77.25, 73.90
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1877.80, 1902.05
Tahap sokongan: 1855.40, 1833.00