16 Januari 2023 Analisis Sesi Petang
Pound Sterling melonjak walaupun UK menghadapi masalah kemelesetan ekonomi.
GBP/USD, yang didagang secara meluas oleh pelabur global meningkat dengan ketara pada hari Jumaat walaupun ekonomi UK masih menghadapi cabaran kemelesetan. Menurut kepada Office for National Statistics, Gross Domestic Product (GDP) YoY UK telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 1.5% ke 0.2%, lebih rendah daripada ramalan konsensus sebanyak 0.3%. Selain itu, Manufacturing Production MoM UK juga merosot pada bulan November, yang menunjukkan penguncupan dalam sector pengeluaran. Walau bagaimanapun, Pound Sterling telah mendapat sokongan daripada pelabur susulan dengan kemerosotan Dolar AS. Pada minggu lalu, kadar inflasi AS telah menurun sebanyak -0.1% pada bulan Disember, sementara ia mencetuskan harapan kenaikan kadar faedah yang lebih rendah oleh Fed dalam mesyuarat Februari. Sebaliknya, aliran keseluruhan EUR/USD kekal menaik berikutan kenyataan hawkish daripada ahli Bank Pusat Eropah. Menurut kepada Reuters, pembuat dasar ECB Pablo Hernandez de Cos mendakwa pada minggu lepas bahawa ECB berkemungkinan akan terus menaikkan kadar faedahnya secara agresif untuk meredakan inflasi ke sasaran 2% dalam jangka sederhana. Semasa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.37% ke 1.2274, serta EUR/USD meningkat sebanyak 0.31% ke 1.0862.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.76% ke $79.50 setong semasa penulisan kerana para pelabur tetap berhati-hati terhadap laporan ramalan bulanan OPEC. Di samping itu, harga emas melonjak sebanyak 0.32% ke $1924.99 se-troy auns setakat penulisan di tengah-tengah kejatuhan nilai Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day USD Martin Luther King, Jr. Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jan) | -23.3 | -15.5 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 101.65, 103.00
Tahap sokongan: 100.35, 98.90
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2300, 1.2445
Tahap sokongan: 1.2145, 1.1925
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0935, 1.1070
Tahap sokongan: 1.0785, 1.0635
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 128.00, 130.25
Tahap sokongan: 126.50, 125.15
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.7035, 0.7120
Tahap sokongan: 0.6945, 0.6870
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6495, 0.6560
Tahap sokongan: 0.6400, 0.6320
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3420, 1.3515
Tahap sokongan: 1.3325, 1.3250
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9240, 0.9315
Tahap sokongan: 0.9195, 0.9140
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada garisan aliran menurun. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 81.60, 89.00
Tahap sokongan: 76.05, 70.25
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1953.40, 1996.80
Tahap sokongan: 1898.65, 1845.80