14 Jun 2018 Analisis Harian
Dolar susut walaupun Fed bersifat hawkish.
Dolar AS didagang dengan momentum yang besar pada awal pagi Khamis selepas Bank Pusat AS (Fed) menyimpulkan mesyuarat dua hari mereka dengan retorik hawkish yang tidak dijangka oleh para pelabur. Fed seperti di dalam jangkaan secara meluas telah meningkatkan kadar faedah untuk kali kedua di talam tahun ini sebanyak 25 mata asas ke lingkungan 1.75% – 2.00%. Bank tersebut juga telah menyelaraskan unjuran dan membuat pindaan ke atas plot titik mereka sambil memetik untuk mempunyai 4 kali kenaikan kadar bagi tahun ini berbanding dengan 3 bagi sebelumnya berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi dan perbelanjaan perumahan yang kukuh. Fed telah meningkatkan prospek pertumbuhan GDP dari 2.7% ke 2.8% sementara menurunkan jangkaan bagi kadar pengangguran dari 3.8% ke 3.6% untuk tahun ini. Walaupun dolar menerima sokongan bullish yang ketara selepas pengumuman tersebut, Fed mengulas bahawa kadar terminal adalah masih sama walaupun kepantasan kenaikan kadar telah meningkat. Komen tersebut menandakan bahawa tempoh pengetatan dasar berkemungkinan untuk berakhir lebih awal daripada jangkaan dan ia telah memangkas sentimen bullish terhadap dolar. Untuk hari ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai butiran pengurangan jumlah pembelian bon bagi program QE mereka yang bakal tamat pada bulan September nanti. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.25% ke paras 93.50.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.05% ke $66.62 setong selepas EIA melaporkan pengurangan pada stok minyak AS sebanyak 4.143 juta tong berbanding dengan ramalan untuk susut hanya 1.440 juta tong pada minggu lepas. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.03% ke $1,299.18 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 09:30 | AUD – Employment Change (May) | 22.6K | 18.8K | – |
| 09:30 | AUD – Unemployment Rate (May) | 5.6% | 5.5% | – |
| 10:00 | CNY – Industrial Production (YoY) (May) | 7.0% | 6.9% | – |
| 14:00 | EUR – German CPI (MoM) (May) | 0.5% | 0.5% | – |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (May) | 1.6% | 0.5% | – |
| 19:45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | 0.25% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jun) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (May) | 0.3% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – Import Price Index (MoM) (May) | 0.3% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (May) | 0.2% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 222K | 223K | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya, Kedua-dua petunjuk MACD histogram dan Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.3375, 1.3410
Tahap sokongan: 1.3350, 1.3320
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecah keluar dari paras atas segi tiga menurun. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk mengalami tekanan menurun pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1830, 1.1865
Tahap sokongan: 1.1790, 1.1765
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik sementara ia telah melantun dari sasaran 110.00 baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurunnya mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikan selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 110.55, 111.00
Tahap sokongan: 110.00, 109.40
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah sedang menguji dengan tipis berhampiran dengan paras atas saluran menaik. Pengunduran baru-baru ini mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan trendnya di dalam formasi tersebut.
Tahap rintangan: 66.80, 67.15
Tahap sokongan: 66.30, 65.85
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk mengalami kerugian selepas ia memecahkan sasaran di 1298.70
Tahap rintangan: 1301.30, 1303.80
Tahap sokongan: 1298.70, 1294.70