2 Februari 2023 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS merosot berikutan kenaikan kadar faedah yang kecil.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama merosot pada Khamis selepas Pengerusi Fed mengakui bahawa risiko inflasi semakin berkurangan. Awal hari ini, bank pusat AS memutuskan untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas ke 4.75%, yang merupakan kenaikan kadar rendah kedua berturut-turut selepas empat kenaikan 75 mata asas berturut-turut. Dalam Sidang Akhbar, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mendakwa bahawa terdapat kesan ketara dalam menurunkan tekanan inflasi, yang membayangkan bahawa Fed berkemungkinan akan berundur daripada dasar monetari penguncupan yang agresif dalam mesyuarat Mac. Walaupun begitu, ia perlu diberi perhatian bahawa Fed mungkin terus meningkatkan kadarnya kerana mereka komited untuk memulihkan kestabilan harga, menurut ucapan Fed dalam Sidang Akhbar. Oleh itu, kemungkinan kenaikan kadar lain mungkin tidak dikecualikan. Dari segi data ekonomi, beberapa siri data ekonomi yang lemah telah mendorong momentum menurun ke arah Dolar AS. Data seperti US ADP Nonfarm Employment Change dan US ISM Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) telah mengecewakan peserta pasaran, yang menonjolkan kesan sampingan yang didorong oleh kenaikan kadar agresif oleh Fed sebelum ini. Semasa penulisan, Indeks Dolar menurun sebanyak 0.94% ke 100.95.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.79% kepada $77.04 setong setakat penulisan berikutan kenaikan kadar faedah yang lebih kecil oleh Fed telah mengimbangi kebimbangan pasaran semasa kemelesetan. Sebaliknya, harga emas menaik sebanyak 1.28% ke $1951.04 se-troy auns semasa penulisan berikutan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
21:15 EUR ECB Monetary Policy Statement
21:45 EUR ECB Press Conference
22:15 GBP BoE Gov Bailey Speaks
23:15 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Jan) | 3.50% | 4.00% | – |
21:15 | EUR – Deposit Facility Rate (Feb) | 2.00% | 2.50% | – |
21:15 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 2.75% | – | – |
21:15 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Feb) | 2.50% | 3.00% | – |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 186K | 200K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 102.05, 103.20
Tahap sokongan: 100.55, 99.10
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2415, 1.2535
Tahap sokongan: 1.2265, 1.2120
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1040, 1.1165
Tahap sokongan: 1.0890, 1.0740
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 130.35, 132.60
Tahap sokongan: 126.70, 123.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7355
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7050
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6560, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6460, 0.6360
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3500
Tahap sokongan: 1.3155, 1.2980
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9235, 0.9400
Tahap sokongan: 0.9065, 0.8920
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 77.25, 81.50
Tahap sokongan: 73.90, 70.65
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1960.00, 1986.85
Tahap sokongan: 1939.10, 1918.90