21 June 2018 Analisis Harian
Dolar berayun akibat kekurangan momentum pasaran.
Dolar menokok sedikit pada hari ini sementara data ekonomi yang suram dan lantunan pada Pound Sterling mengehadkan sebarang kenaikan pada mata wang tersebut. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.04% ke 94.72 pada awal sesi Asia. Semalaman, dolar menerima tekanan bearish selepas Commerce Department melaporkan bahawa penjualan rumah asal tersasar daripada jangkaan dengan -0.4% berbanding 1.5% bagi bulan Mei. Selain itu, tekanan menurun telah ditambahkan lagi dengan pembelian mata wang Sterling selepas Perdana Menteri Theresa May berjaya untuk meraih undian majoriti bagi bil RUU Brexit yang bakal memberi kuasa mutlak kepada beliau untuk berunding dengan zon Eropah tanpa kelulusan mutlak dari Parlimen. Walaubagaimanapun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah masih terhad susulan dengan kenaikan bon persekutuan 10 tahun yang dipacu oleh isyarat hawkish dari Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell. Powell mengulas bahawa kemungkinan untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran adalah kukuh dan ia telah meningkatkan lagi prospek para pelabur untuk mempunyai dua kenaikan kadar lagi di dalam tahun 2018.
Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meneruskan kenaikannya sebanyak 0.14% ke $65.58 setong selepas Energy Information Administration melapokan penurunan yang mendadak pada stok minyak AS sebanyak 5.914 juta tong bagi minggu lepas. Para pelabur untuk setakat ini akan memberi tumpuan kepada ahli dan bukan ahli OPEC yang bakal bertemu di dalam satu mesyuarat pada hari ini bagi membincang mengenai pelan pembekuan pengeluaran minyak yang telah disetujui pada November 2016. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1,268.83 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar dan prospek yang tinggi terhadap kenaikan kadar yang lebih kerap dari AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
16:30 CHF SNB Press Conference
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 06:45 | NZD – GDP (QoQ) (Q1) | 0.6% | 0.5% | 0.5% |
| 15:30 | CHF – SNB Interest Rate Decision | -0.75% | -0.75% | – |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision | 0.50% | 0.50% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 218K | 220K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun) | 34.4 | 29.0 | – |
| 20:30 | USD – Philly Fed Employment (Jun) | 30.2 | – | – |
| 20:30 | CAD – Wholesale Sales (MoM) (Apr) | 1.1% | 0.5% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah sasaran di 1.3140.
Tahap rintangan: 1.3185, 1.3235
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3050
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. Susulan dengan kekurangan isyarat dan pergerakan harga dan MACD histogram, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut telah timbul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.1645, 1.1710
Tahap sokongan: 1.1550, 1.1445
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini menguji di paras atasnya. MACD histogram yang kini memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 110.55, 110.90
Tahap sokongan: 110.25, 110.10
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah meneruskan keuntungannya selepas ia melantun dari paras bawah saluran menurun. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 65.75.
Tahap rintangan: 65.75, 67.40
Tahap sokongan: 64.10, 62.90
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1264.00. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1275.80, 1285.20
Tahap sokongan: 1264.00, 1260.00