83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

06 Februari 2023                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak di tengah-tengah data buruh yang kukuh.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan mata wang utama, memulih sebahagian besar kerugian sebelumnya apabila pasaran buruh AS menikmati Januari yang panas dengan peningkatan bilangan pekerjaan dalam sepanjang bulan. Menurut Biro Statistik Buruh AS, NFP mencetak bacaan yang lebih kukuh daripada jangkaan pada 517K, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya dan ramalan masing-masing pada 260K dan 185K, sambil mencecah tahap tertinggi dalam peningkatan bilangan pekerjaan yang paling kukuh sejak Ogos 2022. Selain itu, pasaran buruh AS juga mengalami penurunan selanjutnya pada kadar pengangguran daripada bacaan bulan sebelumnya sebanyak 3.5% ke 3.4% pada bulan Januari. Dengan itu, ia menunjukkan bahawa pasaran buruh AS kekal berdaya tahan dan ketat walaupun kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) sejak beberapa bulan lalu. Selain itu, kilauan indeks dolar menjadi lebih cerah selepas Institut Pengurusan Bekalan (ISM) melaporkan data PMI Bukan Pembuatan untuk bulan Januari. Menurut data, PMI Perkhidmatan melonjak daripada 49.2 ke 55.2, melepasi ramalan konsensus pada 50.4, mencerminkan bahawa sektor itu secara amnya berkembang dengan ketara selepas menurun pada bulan terakhir 2022. Sehingga penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 1.22% ke 103.00.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak -3.61% ke $73.15 setong apabila dolar AS mengukuh berikutan data ekonomi yang optimis dibebaskan. Selain itu, harga emas menjunam sebanyak -0.02% ke $1864.95 setiap troy auns di tengah-tengah data NFP dan Kadar Pengangguran yang mengagumkan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   NZD                                        National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Construction PMI (Jan) 48.8 49.6
23:00 CAD – Ivey PMI (Jan) 33.4 42.3

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 101.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 103.15.

 

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.20, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2105. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.1940.

 

Tahap rintangan: 1.2105, 1.2200

Tahap sokongan: 1.1940, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.0850. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0670.

 

Tahap rintangan: 1.0850, 1.0975

Tahap sokongan: 1.0670, 1.0295

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 131.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 134.15, 136.45

Tahap sokongan: 131.25, 128.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6985. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6860.

 

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7125

Tahap sokongan: 0.6860, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6355. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6255.

 

Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6170

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3400. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3505, 1.3600

Tahap sokongan: 1.3400, 1.3265

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9310.

 

Tahap rintangan: 0.9310, 0.9405

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9110

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah garisan aliran meningkat. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 71.50.

 

Tahap rintangan: 76.10, 81.80

Tahap sokongan: 71.50, 66.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1884.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1835.00.

 

Tahap rintangan: 1884.00, 1900.00

Tahap sokongan: 1835.00, 1786.00