7 Februari 2023 Analisis Sesi Pagi
Kenaikan Dolar AS dilanjutkan berikutan dengan laporan pekerjaan yang baik.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan pergerakan menaiknya pada hari Isnin, yang disokong oleh data pekerjaan AS yang kukuh. Pada hari Jumaat lalu, Bureau of Labor Statistics telah melaporkan satu siri data pekerjaan yang memberangsangkan, yang mengejutkan peserta pasaran bahawa pasaran buruh di AS kekal berdaya tahan dan panas walaupun langkah kenaikan kadar agresif oleh Fed yang lalu. Dengan itu, ia mungkin mencetuskan peralihan pendirian daripada Fed, di mana proses kenaikan kadar yang besar mungkin akan diteruskan serta mencetuskan daya tarikan Dolar AS. Sebaliknya, keuntungan yang dialami oleh Indeks Dolar dilanjutkan di tengah-tengah ucapan positif daripada kerajaan AS. Menurut kepada Reuters, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen mendakwa pada hari Isnin bahawa ekonomi AS berkemungkinan akan mengelak kemelesetan dengan pasaran buruh yang kukuh dan risiko inflasi yang berkurangan. Semasa beliau menekankan tentang kebenaran data NFP yang lebih baik dan kadar pengangguran terendah dalam 53 tahun, keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi AS telah dinaikkan. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.72% ke 103.49
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun 0.04% ke $74.41 setong setakat ini. Semalam, harga minyak telah melantun daripada paras rendah susulan dengan keyakinan terhadap pembukaan semula China. Di samping itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1867.62 se-troy auns setakat ini di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Feb) | 3.10% | 3.35% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 104.70, 106.30
Tahap sokongan: 103.20, 102.05
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2120, 1.2265
Tahap sokongan: 1.2005, 1.1885
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0740, 1.0890
Tahap sokongan: 1.0600, 1.0410
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 132.60, 135.80
Tahap sokongan: 130.25, 126.70
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6955, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6870, 0.6775
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6360, 0.6460
Tahap sokongan: 0.6260, 0.6170
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3675
Tahap sokongan: 1.3320, 1.3155
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintanga terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9400, 0.9590
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 77.25, 81.50
Tahap sokongan: 73.90, 70.65
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1876.90, 1900.20
Tahap sokongan: 1847.55, 1819.15