22 June 2018 Analisis Harian
Sterling melonjak selepas BoE memberikan isyarat hawkish.
Dolar AS telah memangkas keuntungannya pada semalam susulan dengan laporan Philly Fed yang lebih suram serta lantunan pada mata wang Pound Sterling. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.20% ke paras 94.48. Menurut kepada Philadelphia Fed, indeks sektor pembuatan bagi bulan Jun telah menyusut ke bacaan 19.9, tersasar daripada jangkaan untuk memaparkan bacaan sebanyak 28.9. Sebaliknya, kerugian yang dialami adalah terhad selepas tuntutan pengangguran susut sebanyak 3,000 individual ke aras 218,000 bagi minggu lepas, lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat ke 220,000. Bagi rantau yang lain, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.05% ke $1.3247 semasa sesi dagangan Asia susulan dengan isyarat yang hawkish dari Bank Pusat England (BoE). Walaupun mereka di dalam jangkaan meluas untuk mengekalkan kadar dengan tidak berubah, keputusan undian tersebut memaparkan peningkatan di dalam ahli penggubal dasar yang menyokong kenaikan kadar untuk dilaksanakan. Data tersebut telah mencetuskan spekulasi ke atas BoE untuk melaksanakan kenaikan kadar menjelang akhir tahun ini.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak meningkat sebanyak 0.03% ke $65.97 setong sementara para pelabur menunggu keputusan mesyuarat OPEC yang bakal diumumkan pada hari ini. Terdahulu, OPEC telah mencadangkan untuk meningkatkan kadar pembekalan minyak sebanyak 1 juta tong bagi mengatasi kekurangan stok dari Venezuela dan Iran. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.01% ke $1,267.22 se troy auns susulan dengan pengunduran pada dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:30 | JPY – National Core CPI (YoY) (May) | 0.7% | 0.7% | 0.7% |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 56.9 | 56.3 | – |
| 15:30 | EUR – German Services PMI (Jun) | 52.1 | 52.2 | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (May) | 0.1% | – | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | -0.2% | 0.5% | – |
| 01:00 | CrudeOIL – Baker Hughes Oil Rig Count | 863 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah memangkas kerugiannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3140. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah 1.3290.
Tahap rintangan: 1.3290, 1.3345
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3140
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1550. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya dan menguji semula di tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.1645.
Tahap rintangan: 1.1645, 1.1710
Tahap sokongan: 1.1550, 1.1445
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan bias bearish.
Tahap rintangan: 110.10, 110.25
Tahap sokongan: 109.80, 109.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah meneruskan kenaikannya dan kini menguji di paras atas saluran menurun menyempit. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas ia memecahkan paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 67.40, 69.50
Tahap sokongan: 65.75, 64.10
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji berhampiran garisan trend menurun. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan garisan trend menurun.
Tahap rintangan: 1275.80, 1285.20
Tahap sokongan: 1264.00, 1260.00