25 Jun 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Jun 25 – 29
Kajian Pasaran (Forex): Jun 18 – 22
Dolar A.S.
Dolar AS telah meneruskan kerugiannya pada hari Jumaat yang lepas berlatarbelakangkan data ekonomi yang bercampuran serta pemulihan pada mata wang Euro. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.24% sambil menutup minggu lepas di 94.52 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain.
Pada hari Jumaat yang lalu, data ekonomi AS yang bercampuran telah gagal untuk meningkatkan sentimen bullish ke atas dolar selepas Services PMI menjangkaui ramalan sementara Manufacturing PMI gagal untuk mencapai ramalan ekonomis. Bagi bulan Jun, data Services PMI memberikan bacaan sebanyak 56.5 berbanding ramalan hanya 56.4 sementara data Manufacturing PMI susut ke paras 54.6 berbanding jangkaan iaitu 56.3.
Tambahan pula, dolar menerima tekanan bearish yang lebih lanjut susulan dengan ketegangan perdagangan diantara Amerika Syarikat dan China yang masih berlegar. Terdahulu, Presiden AS Donald Trump telah memberi cadangan untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas $200 bilion barangan import China. Cadangan beliau telah mencetuskan kebimbangan untuk berlakunya perang perdagangan diantara dua ekonomi yang terbesar di dunia.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.02% ke 109.97 semasa lewat sesi dagangan Jumaat.
EUR/USD
Euro melanjutkan kenaikan sebanyak 0.44% ke $1.1654 berbanding dengan dolar. Mata wang tunggal tersebut menerima sokongan bullish susulan dengan data ekonomi yang optimistik dari Perancis dan zon Eropah dan ia telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemungkinan kemelesetan ekonomi di rantau tersebut.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.17% sambil menutup minggu lalu di paras $1.3264.
Kajian Pasaran (Komoditi): Jun 18 – 22
GOLD
Harga emas melantun dari paras rendah sesinya berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah sementara permintaan yang lemah masih mengehadkan keuntungannya. Harga komoditi selamat tersebut meningkat sebanyak 0.18% atau $2.31 ke $1,269.49 se troy auns.
Walaupun dolar mengalami tekanan untuk menurun, komoditi emas gagal untuk melanjutkan pemulihannya berikutan dengan prospek yang lebih tinggi ke atas kekerapan kenaikan kadar dari Bank Pusat AS. Di dalam keadaan kadar yang lebih tinggi, penampilan komoditi emas sebagai aset alternatif akan menyusut oleh kerana ia tidak membawa hasil pulangan kepada para pelabur.
Crude Oil
Harga minyak mentah melonjak pada hari Jumaat yang lalu selepas para pelabur memberi tumpuan kepada keputusan kenaikan mesyuarat Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC). Harga komoditi hitam tersebut melonjak lebih daripada 5% atau $3.40 sambil menutup niaga minggu lepas di paras $69.35 setong, tidak jauh dari tahap psikologi $70.00.
Di dalam mesyuarat OPEC ke-174, Arab Saudi dan Iran telah mencapai konsensus untuk meningkatkan pembekalan sebanyak 1 juta tong sehari atau 1% daripada pembekalan global walaupun Tehran membantah pada seawalnya. OPEC mengulas bahawa ahli beliau telah berjaya untuk mematuhi pelan pembekuan sebelum ini selepas ia dilaksanakan pada awal tahun 2017 dengan kadar pematuhan sebanyak 152%. Justeru, mereka telah bersetuju untuk mengurangkan kadar tersebut ke sekitar 100% buat setakat ini.
OPEC juga menjelaskan bahawa cadangan tersebut tidak mempunyai kadar yang ditetapkan bagi setiap ahlinya oleh kerana sesetengah negara tidak mempunyai kapasiti untuk meningkatkan kadar pembekalan harian mereka. Walaupun OPEC menyeru untuk meningkatkan pembekalan sebanyak 1 juta tong sehari, sesetengah ahli percaya bahawa kadar realistik hanya akan berlegar di sekitar 700,000 hingga 770,000 tong sehari.
Pandangan Mingguan: Jun 25 – 29
Bagi minggu yang akan datang, pembebasan data utama dari AS bakal ditumpu oleh para pelabur diseluruh dunia bagi memantau status perkembangan ekonomi yang boleh mendorong kepada kenaikan kadar yang lebih kerap dari Fed untuk jangka panjang.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Jun 25 – 29
| Isnin, Jun 25 |
Data EUR – German Ifo Business Climate Index USD – New Home Sales (May)
Acara N/A
|
| Selasa, Jun 26 |
Data USD – CB Consumer Confidence (Jun)
Acara N/A
|
| Rabu, Jun 27 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (May) USD – Pending Home Sales (MoM) (May) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara USD – FOMC Member Bostic Speaks USD – FOMC Member Kaplan Speaks GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Khamis, Jun 28 |
Data NZD – RBNZ Interest Rate Decision EUR – German Retail Sales (MoM) (May) EUR – GfK German Consumer Climate (Jul) USD – GDP (QoQ) (Q1) USD – GDP Price Index (QoQ) (Q1) USD – Initial Jobless Claims USD – Real Consumer Spending (Q1)
Acara USD – FOMC Member Rosengren Speaks NZD – RBNZ Rate Statement EUR – EU Leaders Summit USD – FOMC Member Bullard Speaks
|
|
Jumaat, Jun 29
|
Data JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Jun) JPY – Industrial Production (MoM) (May) EUR – German Unemployment Change (Jun) EUR – German Unemployment Rate (Jun) GBP – GDP (QoQ) (Q1) EUR – CPI (YoY) (Jun) USD – Core PCE Price Index (YoY) (May) USD – Personal Income (MoM) (May) USD – Personal Spending (MoM) (May) CAD – GDP (MoM) (Apr) USD – Michigan Consumer Sentiment (Jun) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara EUR – EU Leaders Summit
|
Analisis Teknikal Mingguan: Jun 25 – 29
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap 95.00 sambil membentuk formasi double top. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah) berdekatan 94.10.
Tahap rintangan: 95.00, 95.90
Tahap sokongan: 94.10, 93.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3170. MACD histogram yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan bias bearish utama.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3445
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3045
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 110.50. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 110.50, 111.35
Tahap sokongan: 109.35, 108.25
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 1.1560. MACD histogram yang telah membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1700.
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1850
Tahap sokongan: 1.1560, 1.1445
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1266.25. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1285.30, 1304.30
Tahap sokongan: 1266.25, 1257.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah meningkat secara mendadak susulan dengan lantunan dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 64.10. Namun, pengunduran dari sasaran 69.30 baru-baru ini mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan bias bullish.
Tahap rintangan: 69.30, 72.50
Tahap sokongan: 67.30, 65.70