83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Februari 2023                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS meningkat menjelang laporan inflasi.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melonjak apabila para pelabur kekal berhati-hati menjelang laporan inflasi yang akan dibebaskan pada minggu ini. Dua minggu sebelum ini, Rizab Persekutuan melaraskan kadar faedah mereka dengan lebih tinggi sebanyak 25 mata asas, seperti yang dijangkakan secara meluas. Ia perlu diberi perhatian untuk mengulangi bahawa Pengerusi Fed Jerome Powell akhirnya telah mengakui bahawa inflasi telah mula mereda, proses disinflasi telah bermula terutamanya dalam sektor barangan. Namun begitu, Jerome Powell mengulas bahawa masih ada jalan yang jauh untuk menurunkan tekanan inflasi, dengan peningkatan kadar faedah yang lebih lanjut pada masa hadapan. Selain itu, indeks dolar mengekalkan kekuatannya berikutan keluaran laporan sentimen pengguna Michigan. Menurut kepada Universiti Michigan, sentimen pengguna AS telah memulih dengan lebih lanjut daripada bacaan awal iaitu 64.9 ke 66.4 pada bulan Februari, mencecah paras tertinggi dalam masa 13 bulan. Sentimen yang lebih baik daripada jangkaan di AS didorong terutamanya oleh pasaran buruh yang ketat, di mana ia mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan kemelesetan dalam negara AS. Pada ketika ini, kebanyakan pelabur memberi perhatian terhadap laporan inflasi yang akan datang untuk meneliti laluan kenaikan kadar Rizab Persekutuan. Keputusan angka inflasi yang tidak dijangka akan mencetuskan pergerakan yang besar dalam pasaran, menyebabkan ketidaktentuan ke atas pasaran kewangan. Sehingga penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.35% ke 103.60.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik sebanyak 0.05% ke $79.70 setong kerana Rusia merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 500k tong sehari pada hari Jumaat lepas. Tindakan balas dendam itu diambil susulan sekatan had harga daripada negara barat terhadap Rusia. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.02% ke $1865.90 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan dalam pasaran indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2105. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2105, 1.2200

Tahap sokongan: 1.1940, 1.1820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0670. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0850, 1.0975

Tahap sokongan: 1.0670, 1.0295

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 131.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 134.15, 136.45

Tahap sokongan: 131.25, 128.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6985. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6860.

 

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7125

Tahap sokongan: 0.6860, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 0.6355.

 

Tahap rintangan: 0.6355, 0.6460

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6170

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3400. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3265.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3505

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3155

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9310

Tahap sokongan: 0.9110, 0.9040

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 76.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 81.80.

 

Tahap rintangan: 81.80, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 71.50

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1859.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1884.00, 1900.00

Tahap sokongan: 1859.90, 1835.00