15 Februari 2023 Analisis Sesi Petang
Pound menjunam disebabkan oleh kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan.
Pound Sterling, sebagai salah satu mata wang utama yang didagangkan oleh pelabur global, telah didagangkan lebih rendah berikutan pemulihan yang kukuh pada sesi dagangan sebelumnya. Pada mulanya, satu siri data pasaran buruh yang kukuh termasuk perubahan negatif dalam tuntutan pengangguran bagi bulan Januari dan kadar pengangguran yang lebih rendah sebanyak 3.7%, menyumbang momentum bullish kepada pasaran Pound. Walau bagaimanapun, kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan ekonomi UK mungkin tergelincir ke dalam kemelesetan mengehadkan kenaikan Pound. Menurut tinjauan Reuters, ekonomi UK kini sedang mengalami kemelesetan manakala Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) masih berhasrat untuk meningkatkan lagi kadar faedah bagi membendung tekanan inflasi yang tinggi. Selain itu, penurunan dalam GBP dilanjutkan berikutan pengeluaran data CPI yang bercampur dari negara AS. IHP untuk bulan Januari telah memberikan bacaan sebanyak 6.4%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.2% tetapi masih lebih rendah daripada 6.5% pada bulan sebelumnya. Keputusan ini memberi Fed mempunyai lebih banyak ruang untuk mengetatkan dasar monetari. Oleh itu, ia mengukuhkan nilai indeks dolar, menggesa pound jatuh berbanding dengan dolar AS. Sehingga penulisan, GBP/USD susut -0.26% ke $1.2138.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -1.21% ke $78.10 setong di tengah-tengah American Petroleum Institute (API) melaporkan inventori minyak mentah telah meningkat sepanjang minggu lalu. Selain itu, harga emas turun -0.67% ke $1852.85 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
22:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GBP – CPI (YoY) (Jan) | 10.5% | 10.2% | – |
21:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Jan) | -1.1% | 0.7% | – |
21:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Jan) | -1.1% | 1.6% | – |
23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.423M | 1.166M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 104.45.
Tahap rintangan: 103.00, 104.45
Tahap sokongan: 101.70, 100.35
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan pada 1.2105. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2230, 1.2445
Tahap sokongan: 1.2145, 1.2010
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0635.
Tahap rintangan: 1.0790, 1.0900
Tahap sokongan: 1.0635, 1.0470
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 132.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 134.55, 136.30
Tahap sokongan: 132.30, 130.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6945.
Tahap rintangan: 0.7040, 0.7120
Tahap sokongan: 0.6945, 0.6870
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6325. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6265
Tahap rintangan: 0.6325, 0.6400
Tahap sokongan: 0.6265, 0.6195
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 1.3330. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3420.
Tahap rintangan: 1.3420, 1.3515
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3250
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah . MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9240.
Tahap rintangan: 0.9240, 0.9320
Tahap sokongan: 0.9195, 0.9140
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 78.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya jika ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 81.60, 85.25
Tahap sokongan: 78.70, 76.05
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 1847.55. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1876.90.
Tahap rintangan: 1876.90, 1900.20
Tahap sokongan: 1847.55, 1819.15