20 Februari 2023 Analisis Sesi Petang
EUR melantun selepas keadaan ekonomi yang bertambah baik.
EUR telah mengukuh berbanding USD kerana data ekonomi yang memberangsangkan daripada zon Euro telah meningkatkan keyakinan pelabur. Menurut laporan baru-baru ini, indeks harga pengeluar (PPI) Jerman mencecah -1.0%, yang melebihi jangkaan -1.6%. Manakala, data Perancis indeks harga pengguna (CPI) telah memberikan bacaan sebanyak 0.4%, lebih tinggi daripada bulan sebelumnya -0.1%. Kedua-dua data yang menunjukkan keadaan ekonomi zon Euro bertambah baik, juga meningkatkan keyakinan pelabur. Pada masa yang sama, data tersebut juga memberi Bank Pusat European (ECB) lebih banyak ruang untuk mengetatkan dasar monetari polisi, memandangkan sasaran ECB untuk inflasi adalah 2% di seluruh zon. Oleh itu, EUR telah menerima tekanan bullish yang kuat pada hari jumaat. Selain itu, kejatuhan dolar AS juga memberikan EUR gelombang aliran menaik di tengah-tengah pelabur menunggu arah yang lebih jelas daripada Fed. Dolar AS kekal lemah dalam beberapa minggu yang lalu, menyebabkan pelabur mengalihkan dana mereka ke dalam pasaran yang berisiko seperti Pound, Euro dan Saham AS. Sehingga penulisan, EUR/USD menyusut sebanyak -0.05% ke $1.0688.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun semula sebanyak 0.65% ke $77.07 setong selepas kerugian mendadak dalam sesi dagangan lalu di tengah-tengah peningkatan bekalan di Amerika Syarikat. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.08% ke$1851.65 setiap troy auns disebabkan oleh kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Seluruh hari CAD Family Day
Seluruh hari USD Washington’s Birthday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan di 104.45. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 103.00.
Tahap rintangan: 104.45, 105.85
Tahap sokongan: 103.00, 101.70
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2010. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya jika ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2145, 1.2300
Tahap sokongan: 1.2010, 1.1900
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0635. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek
Tahap rintangan: 1.0790, 1.0930
Tahap sokongan: 1.0635, 1.0470
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 134.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkuranga mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya jika ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 134.55, 136.30
Tahap sokongan: 132.30, 130.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6870. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6975
Tahap rintangan: 0.6945, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6870, 0.6775
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap tinggi. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.6265, 0.6325
Tahap sokongan: 0.6195, 0.6120
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia melantun daripada tahap rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.3515, 1.3600
Tahap sokongan: 1.3420, 1.3330
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 0.9240. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.9320, 0.9380
Tahap sokongan: 0.9240, 0.9195
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 76.005. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 78.75, 81.60
Tahap sokongan: 76.05, 73.20
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia sedang menguji tahap sokongan di 1835.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1847.55
Tahap rintangan: 1847.55, 1876.90
Tahap sokongan: 1819.15, 1797.85